Harga eksport Malaysia naik 0.7% pada Mei

KUALA LUMPUR – Dalam laporan Indeks Perdagangan Luar Mei 2024 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), harga eksport meningkat sebanyak 0.7 peratus daripada 149.2 mata pada bulan sebelumnya kepada 150.3 mata.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Sri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, indeks nilai seunit eksport naik pada Mei 2024 berbanding bulan sebelumnya disumbangkan oleh kenaikan indeks minyak galian sebanyak 1.5 peratus, bahan kimia (0.5 peratus) dan alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (0.3 peratus).

Selain itu, DOSM melaporkan indeks volum eksport meningkat 11.0 peratus selaras dengan peningkatan indeks pelbagai barang keluaran kilang sebanyak 21.2 peratus, alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (11.9 peratus) dan minyak galian (7.5 peratus), lapor Bernama.

“Indeks volum eksport pelarasan bermusim turut bertambah 21.7 peratus daripada 141.7 mata kepada 172.5 mata. Merujuk kepada perbandingan tahunan, indeks nilai seunit dan indeks volum masing-masing menokok 6.1 peratus dan 1.2 peratus,” katanya.

Sementara itu, DOSM berkata, indeks volum import turut menokok 10.3 peratus pada Mei 2024 berbanding April 2024, disumbangkan oleh peningkatan indeks minyak galian sebanyak 26.0 peratus, alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (10.9 peratus) dan barang-barang keluaran kilang (6.0 peratus).

Ia berkata, indeks volum import pelarasan bermusim menokok 20.9 peratus daripada 182.6 mata kepada 220.9 mata.

Menurut DOSM, perbandingan tahun ke tahun menunjukkan indeks nilai seunit dan indeks volum import masing-masing berkembang 2.4 peratus dan 11.1 peratus.

“Terma perdagangan Malaysia juga bertambah 0.7 peratus bulan ke bulan kepada 114.8 mata pada Mei 2024, didorong oleh kenaikan indeks alat jentera dan kelengkapan pengangkutan sebanyak 1.6 peratus, bahan mentah tidak boleh dimakan (1.2 peratus) dan makanan (1.0 peratus).

“Terma perdagangan Malaysia tahun ke tahun naik 3.6 peratus daripada 110.8 mata pada Mei tahun lepas,” katanya.

Related Posts

Diplomasi berhemah kunci Malaysia kekal hubungan dagang strategik

PENDEKATAN diplomasi berhemah yang diamalkan Malaysia menjadi faktor utama negara terus mengekalkan hubungan perdagangan strategik dengan Iran dan Rusia, meskipun berdepan tekanan geopolitik global. Felo Majlis Profesor Negara, Prof Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Program eksport jana RM73 juta, PKS raih pembiayaan lebih RM150 juta

MIRI – Pelaksanaan program pembangunan usahawan menunjukkan impak positif yang memberangsangkan apabila pesertanya berjaya menembusi pasaran antarabangsa dan menjana nilai jualan sebanyak RM73 juta. Kejayaan tersebut turut menarik perhatian SCPB Bank…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu internet di Melaka ditangani segera, 358 lokasi diaudit

Isu internet di Melaka ditangani segera, 358 lokasi diaudit

Kerajaan Negeri Sembilan ada 3 EXCO baru UMNO?

Kerajaan Negeri Sembilan ada 3 EXCO baru UMNO?

Op Hawk tahan lebih 1,000 individu terbabit kes dadah

Op Hawk tahan lebih 1,000 individu terbabit kes dadah

Bawa suara global, Malaysia sedia terajui Protokol Sumud

Bawa suara global, Malaysia sedia terajui Protokol Sumud

Wanita PKR kesal tindakan 14 ADUN BN Negeri Sembilan tarik sokongan

Wanita PKR kesal tindakan 14 ADUN BN Negeri Sembilan tarik sokongan

Penyedia e-Hailing bantu klinik, sedia kemudahan tempat duduk untuk pesakit

Penyedia e-Hailing bantu klinik, sedia kemudahan tempat duduk untuk pesakit