PRK DUN Nenggiri ditetapkan 17 Ogos

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada 17 Ogos depan.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 3 dan 13 Ogos depan.

“Sehubungan itu, urusan permohonan bagi semua kategori undi pos luar dan dalam negara akan dibuka mulai hari ini,” katanya pada sidang media pada Jumaat, lapor Berita Harian.

Ketetapan ini diambil setelah Mahkamah Tinggi pada Khamis menolak permohonan injunksi sementara yang difailkan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim untuk menghentikan pilihan raya kecil DUN itu daripada diadakan.

Dalam saman pemula yang difailkan pada 25 Jun lalu, Mohd Azizi selaku plaintif menamakan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah dan SPR selaku defendan.

Beliau memohon perisytiharan untuk menghentikan SPR daripada mengadakan pilihan raya di kawasan DUN berkenaan dan memohon perisytiharan bahawa kerusi DUN itu adalah tidak kosong dan masih disandang olehnya.

Mohd Azizi juga memohon perisytiharan bahawa pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Nenggiri tidak boleh dijalankan dan dilakukan oleh SPR kerana ia masih disandang olehnya.

Related Posts

Ismail Sabri masih dirawat di IJN, pendakwaan dijangka diteruskan hari ini

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dijadualkan didakwa mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 di Mahkamah Sesyen hari ini, masih menerima rawatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

KUALA LUMPUR – Nurul Izzah Anwar memutuskan untuk melepaskan jawatan Timbalan Presiden PKR selepas mengambil kira pelbagai pertimbangan bagi membolehkannya memberi tumpuan kepada pengajian lanjutan serta meneruskan usaha khidmat dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ismail Sabri masih dirawat di IJN, pendakwaan dijangka diteruskan hari ini

Ismail Sabri masih dirawat di IJN, pendakwaan dijangka diteruskan hari ini

RM200,000 diperuntuk bantu pembinaan Pondok Polis Kota Kemuning

RM200,000 diperuntuk bantu pembinaan Pondok Polis Kota Kemuning

Perlu tindakan segera, proaktif tangani isu anjing liar – Aris

Perlu tindakan segera, proaktif tangani isu anjing liar – Aris

PKR Tawau prihatin, program minyak hitam bantu ‘rider’ belia

PKR Tawau prihatin, program minyak hitam bantu ‘rider’ belia

Salah sah sertai Trabzonspor

Salah sah sertai Trabzonspor

MAIS kekal rekod audit bersih 20 tahun, dakwaan salah urus dana tidak berasas

MAIS kekal rekod audit bersih 20 tahun, dakwaan salah urus dana tidak berasas