Dua warga Colombia didakwa pecah rumah, curi RM7 juta

KUALA LUMPUR – Dua lelaki warga Amerika Latin didakwa di Mahkamah Sesyen pada Jumaat atas pertuduhan pecah rumah dan mencuri RM7 juta dari sebuah rumah milik seorang ahli perniagaan pada bulan lalu.

Yeyson Andres Rocha Garzon (39) dan Julian David Serna Pena (22) bagaimana pun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Dr. Azrol Abdullah.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama individu yang masih bebas melakukan pecah rumah milik ahli perniagaan di sebuah rumah di Jalan Setia Murni, Bukit Damansara pukul 10 malam pada 31 Mei lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan dibacakan bawah Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara selama lima tahun dan boleh dikenakan denda.

Jika kesalahan yang dimaksudkan ialah untuk mencuri, maka tempoh penjara boleh dilanjutkan sehingga 14 tahun manakala kesalahan kali kedua atau seterusnya, bolehlah juga dikenakan denda atau sebat.

Menurut laporan Kosmo!, semasa prosiding, peguam Datuk Wan Azmir Wan Majid yang mewakili kedua-dua tertuduh memaklumkan akan menghantar representasi terhadap pertuduhan itu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Nursyuhada Abd. Rauf tidak menawarkan sebarang jaminan berikutan kedua-dua tertuduh merupakan warga asing selain tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Selepas mendengar makluman dan permohonan kedua-dua pihak, Hakim Azrol tidak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin.

Mahkamah kemudian menetapkan 5 Ogos ini bagi sebutan semula kes.

Related Posts

Jadikan Indonesia rujukan perkasa sistem pendidikan kebangsaan melalui bahasa rasmi negara

KUALA LUMPUR – Pas mencadangkan agar Malaysia mencontohi pendekatan seperti di Indonesia yang mewajibkan penggunaan bahasa rasmi negara dalam semua urusan, termasuk sistem pendidikan kebangsaaan tanpa mengira bangsa. Pengerusi Lajnah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPR tentukan jika perlu buat PRK Pandan, Setiawangsa

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul mengesahkan menerima notis daripada Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad berhubung peletakan jawatan sebagai Ahli…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Wanita PKR desak 6 ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin

Ini bukan soal politik semata-mata

Ini bukan soal politik semata-mata

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

TTM sasar pengiktirafan konservasi marin IUCN Green List

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Dua warga Indonesia tinggal lebih masa ditahan imigresen Perlis

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Premis tanpa lesen simpan 1.2 tan tepung gandum diserbu

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi

Parti baharu kerana terdesak? PKR Johor persoal agenda politik Rafizi