Wanita sarat mengandung dirawat di zon kuning hospital, kenderaan dinaiki dihempap kayu balak

TAWAU – Seorang wanita sarat mengandung dirawat di Zon Kuning Hospital Tawau selepas jip dinaiki bersama suaminya dihempap kayu balak yang terjatuh dari sebuah lori dalam kejadian di Sungai Udin Jalan Merotai-Kalabakan, pada Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintenden Champin Piuh berkata, dalam insiden pukul 4.30 petang itu, wanita berumur 31 tahun berkenaan bersama suaminya, 35, dari arah Tawau ke Luasong.

“Siasatan awal mendapati pemandu lori berumur 38 tahun dari arah Kalabakan menuju ke Log-Pond dan apabila sampai di lokasi berhampiran Sungai Udin, tiba-tiba sebatang kayu balak terjatuh dari muatan lori yang datang dari arah bertentangan dan menghempap bahagian depan jip.

“Akibat daripada kemalangan tersebut, bahagian jip depan mengalami kerosakan teruk,” katanya dalam kenyataan media, pada Khamis.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) APJ 1987 iaitu memandu tanpa kecermatan hingga menyebabkan kemalangan.

Related Posts

Dua lelaki ditahan, Erimin 5 bernilai RM3.3 juta dirampas

KUCHING – Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak merampas 32.73 kilogram pil Erimin 5 bernilai RM3.3 juta serta menahan dua lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MPT serius tangani aduan, pembaikan dilaksana berperingkat

  • By Fatin
  • October 9, 2026
MPT serius tangani aduan, pembaikan dilaksana berperingkat

GRS cadang 15 kerusi, PH Sabah sedia berunding

GRS cadang 15 kerusi, PH Sabah sedia berunding

Dua lelaki ditahan, Erimin 5 bernilai RM3.3 juta dirampas

Dua lelaki ditahan, Erimin 5 bernilai RM3.3 juta dirampas

Lima lelaki ditahan, polis buru lapan lagi suspek kes khianat

Lima lelaki ditahan, polis buru lapan lagi suspek kes khianat

Ratu Suthida terbangkan jet pejuang secara solo

Ratu Suthida terbangkan jet pejuang secara solo

Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat

Abd Halim mahu SPRM kesan risiko rasuah sebelum terlambat