Lim Kit Siang terima anugerah darjah tertinggi negeri Pulau Pinang

GEORGETOWN – Bekas Pengerusi DAP, Tan Sri Lim Kit Siang mendahului senarai 235 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-75 Yang Dipertua Negeri, pada Sabtu.

Ahli politik veteran berusia 82 tahun itu menzahirkan penghargaannya kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak atas penganugerahan darjah tertinggi negeri, Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN), yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

“Saya berterima kasih kepada Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang atas anugerah ini dan saya sangat menghargainya. Saya sangat bersyukur,” katanya kepada pemberita selepas Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang 2024 di sini pada Sabtu.

Penganugerahan itu merupakan yang kedua selepas pengurniaan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada Jun tahun lepas.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Khow Kok Chin yang menerima Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) dengan gelaran Datuk Seri menyifatkan penganugerahan itu sebagai pengiktirafan kerajaan negeri kepadanya.

Beliau berkata walaupun hanya setahun bertugas sebagai Ketua Polis Pulau Pinang sebelum ditukar sebagai Pengarah JSJN Bukit Aman, namun negeri itu begitu dekat dengan hatinya kerana sebelum ini pernah berkhidmat di situ.

“Saya bertugas dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) lebih 34 tahun dan sebenarnya di Pulau Pinang bukan hanya ketika menjadi Ketua Polis Negeri sebaliknya sebelum ini pernah lapan tahun bertugas di negeri ini sebagai Ketua Polis Daerah.

“Saya rasa terharu dengan penganugerahan ini kerana ia satu pengiktirafan daripada kerajaan negeri dan juga Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak untuk saya dan pasukan PDRM, saya tidak pernah lupa Pulau Pinang yang sentiasa di hati saya,” katanya.

Pada tahun ini, sebanyak 142 penerima Darjah Kebesaran dan 1,204 penerima Bintang dan Pingat Kehormatan tersenarai dalam istiadat penganugerahan itu yang berlangsung empat hari hingga Khamis ini, terdiri daripada anggota perkhidmatan awam negeri dan Persekutuan, ahli politik, ahli korporat, anggota pertubuhan bukan kerajaan, usahawan tempatan dan ahli badan sukarela.

Related Posts

Malaysia ke arah Negara AI menjelang 2030

KUALA LUMPUR – Malaysia melangkah satu tapak lagi ke hadapan menerusi peluncuran rasmi AI Malaysia, lonjakan penting ke arah aspirasi Negara AI menjelang 2030. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Selama ini kita silap tentang Anwar’ – Anetha

RAMAI sebelum ini menganggap kerajaan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak melakukan perubahan yang mencukupi, sedangkan Perdana Menteri berdepan pelbagai cabaran termasuk sokongan politik yang tidak kukuh, kerajaan gabungan serta…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia ke arah Negara AI menjelang 2030

  • By Aden
  • July 28, 2026
Malaysia ke arah Negara AI menjelang 2030

SPRM reman penjawat awam terima rasuah seludup barang untuk banduan

SPRM reman penjawat awam terima rasuah seludup barang untuk banduan

Pahang sasar 35 pingat emas SUKMA Selangor

Pahang sasar 35 pingat emas SUKMA Selangor

Bomba berjaya kawal kebakaran di empat kilang

Bomba berjaya kawal kebakaran di empat kilang

Kerjasama teknologi perlu dimanfaat perkasa bakat tempatan – Masidi

Kerjasama teknologi perlu dimanfaat perkasa bakat tempatan – Masidi

Hidupkan semula ‘roh’ Pesta Sukan Air, Pesta Port Dickson era 90-an

Hidupkan semula ‘roh’ Pesta Sukan Air, Pesta Port Dickson era 90-an