Bertegaslah ke atas pemfitnah

SERING kita dengar klausa ini; “Kesabaran Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) merupakan kesabaran tahap dewa.”

Rujukan itu sudah sebati dalam kalangan orang terdekat Perdana Menteri Kesepuluh (PMX) itu.

Sebagai orang yang sudah mengenali DSAI sebelum peristiwa September 1998 lagi, saya mengakui hakikat itu.

DSAI sabar sekalipun menerima pelbagai kezaliman dari segi fizikal, mental, emosi, dan maruah.

Tidak perlulah dirincikan kezaliman yang ditimpakan ke atas beliau kali ini.

Dalam tulisan ringkas ini saya cuma mahu memberi saranan – bertegaslah ke atas pemfitnah dan pembuat kacau.

Tanpa prejudis saya tegaskan, pembangkang dan penyokong tegar mereka telah lama melangkaui garis merah dalam konteks politik akal budi.

Di Parlimen, fitnah dan pembodohan bermaharajalela, dan itu makin jelas kelihatan seminggu ini.

Beberapa Ahli Parlimen pembangkang ‘memakai topeng badut’ sehinggakan sesi Parlimen menjadi sebuah sarkas.

Di luar Parlimen pula, ramai pempengaruh mereka mencipta ‘resipi’ untuk melariskan ‘jualan’.

Subjeknya pemfitnahan dan pembencian itu tetap DSAI.

Dalam keadaan seorang bajingan mereka mula disiasat pihak berkuasa, beberapa yang lain terus memfitnah.

Perkara ini tidak boleh terhenti kepada Papa Berry sahaja.

Yang lain-lain pun perlu diheret ke muka pengadilan.

Itu sangat perlu kerana jika tidak, kegiatan buruk yang dibenci Allah SWT akan menjadi kebiasaan.

Tentu kita tidak mahu berdepan kemurkaan Ilahi kerana membiarkannya.

Jika begitu, tingkatkanlah ketegasan dalam hal ini.

Bertindaklah sebaik-baiknya sebelum ‘nasi menjadi bubur’.

Kata orang tua-tua, jangan sampai ‘sudah terhantuk baru terngadah’.

Related Posts

Fakta menolak persepsi: Lonjakan daya saing global

​LAPORAN terbaharu pada Jun 2026 mengesahkan Malaysia melonjak hebat 8 anak tangga ke kedudukan ke-15 dalam Indeks Daya Saing Global (IMD). Sebuah bukti nyata, bukan sekadar persepsi atau propaganda semata-mata.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lebih 200,000 pekebun kecil dijamin terus terima bekalan baja

Lebih 200,000 pekebun kecil dijamin terus terima bekalan baja

JPM: Azam Baki kekal sah dalam Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027

JPM: Azam Baki kekal sah dalam Lembaga Penasihat NFCC hingga 2027

Kutipan hasil Pahang meningkat, catat lebih RM700 juta hingga Jun

Kutipan hasil Pahang meningkat, catat lebih RM700 juta hingga Jun

Lelaki 40 tahun ditahan positif dadah di Kabong

Lelaki 40 tahun ditahan positif dadah di Kabong

Golongan wanita digalakkan main peranan besar bentuk masa depan sukan negara

Golongan wanita digalakkan main peranan besar bentuk masa depan sukan negara

WBS perkasa wanita melalui bengkel kemahiran, fokus jana pendapatan dan pembangunan komuniti

WBS perkasa wanita melalui bengkel kemahiran, fokus jana pendapatan dan pembangunan komuniti