PKR Sabah tidak perlu melenting, kena terima suara rakyat

KOTA KINABALU – Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah, Datuk Mustapha Sakmud berkata, anggota parti tidak perlu melenting jika menerima laporan prestasi yang tidak memuaskan kerana itu suara rakyat yang sebenar.

“Kita meneliti prestasi semua anggota, saya sendiri dan Datuk Peto Galim dari semasa ke semasa meneliti bagaimana prestasi anggota kita.

“Kita tidak perlu melenting dengan laporan yang kita terima, itu suara rakyat, kita kena terima kedudukan kita.

“Apa yang penting adalah bagaimana kita mahu meningkatkan prestasi kita. Itu yang penting.

“Prestasi dalam kalangan anggota diutamakan agar hala tuju parti semakin ke hadapan,” katanya ketika berucap di Majlis Penutupan program Jalinan Kerjasama Strategik Program D-1 (Diwan Informasi) Edisi Kota Kinabalu, di sini pada Jumaat.

Mustapha turut menyatakan setakat ini persepsi rakyat terhadap PKR menunjukkan perkembangan positif dan berharap ia dapat dipertingkatkan lagi.

Dalam pada itu, tambah beliau, anggota PKR juga perlu mengambil berat keluhan rakyat dengan menumpukan fokus dalam mengangkat isu yang rakyat hadapi, khususnya di kawasan kampung.

Jelasnya, keutamaan dalam mengangkat isu dihadapi rakyat bertujuan membolehkan proses penyelesaiannya dipercepatkan.

“Banyak masalah di kawasan kita masing-masing yang kita boleh ‘highlight’, bukan kita ‘highlight’ sahaja tapi supaya benda tu dipercepatkan.

“Kita kena turun untuk sekali-sekala. Saya turun hari itu di Tebobon dan kesannya sekarang semua projek di kampung dihantar kepada saya, meminta untuk saya lawat.

“Maksudnya kita kena turun bawah kena ‘highlight’ isu-isu orang kampung, itu sahaja,” ujar beliau.

Related Posts

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

KANGAR – Satu bungkusan guni reput yang disyaki mengandungi rangka manusia ditemukan di sebuah kebun berhampiran sebuah kilang di Behor Mali, di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

ARAU – Seorang pelajar politeknik maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan membabitkan empat motosikal di Jalan Changlun, Kuala Perlis berhampiran Kampung Banat, awal pagi tadi. Mangsa berusia 19…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Tabung Haji bukan sekadar institusi simpanan, pikul amanah umat Islam – Sany Hamzan

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Rangka disyaki tulang manusia ditemukan dalam guni di kebun

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Kemalangan empat motosikal ragut nyawa pelajar politeknik

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Sany Hamzan bidas Sanusi, politik matang perlu jadi budaya baharu

Aniq ‘angkat’ pingat emas pertama negara di Sukan Komanwel Glasgow

Aniq ‘angkat’ pingat emas pertama negara di Sukan Komanwel Glasgow

Kolej Komuniti Jelai pemangkin modal insan, ekonomi setempat

Kolej Komuniti Jelai pemangkin modal insan, ekonomi setempat