Graduan diminta manfaatkan ilmu untuk majukan masyarakat

KOTA KINABALU – Para graduan diminta untuk terus memanfaatkan ilmu pengetahuan yang diperoleh sepanjang pengajian mereka dan menyumbang kepada kemajuan masyarakat ke arah masa depan yang lebih baik.

Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah, Datuk Ellron Alfred Angin berkata, ilmu yang diperoleh harus dijadikan asas untuk terus berkembang dan menambah kemahiran.

“Jangan berpuas hati dengan ilmu yang telah diperoleh, sebaliknya terus berusaha menambah kemahiran agar dapat memberi sumbangan positif kepada masyarakat.

“Kepada para graduan bahawa pendidikan adalah perjalanan sepanjang hayat.

“Ilmu yang telah anda peroleh di sini akan menjadi asas anda, tetapi adalah tanggungjawab anda untuk terus membinanya,” kata beliau ketika berucap pada Majlis Konvokesyen ke-10 Kolej SIDMA di sini pada Jumaat.

Ellron yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook berkata, hari graduasi bukan hanya untuk meraikan pencapaian, tetapi sebagai permulaan kepada perjalanan yang lebih mencabar.

“Hari ini adalah satu acara untuk meraikan pencapaian anda, tetapi ia juga merupakan permulaan bab baru dalam hidup anda.

“Semasa anda memulakan perjalanan yang menarik ini, semoga anda menghadapi setiap peluang dan cabaran dengan keberanian dan ketekunan.

“Ini adalah permulaan kepada jalan yang penuh dengan potensi dan kemungkinan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan tahniah kepada Kolej SIDMA atas kejayaannya menjadi antara satu institusi terkemuka di Sabah dalam pendidikan tinggi, terutama dalam pendidikan awal kanak-kanak.

“Usaha Kolej SIDMA dalam mengutamakan pendidikan awal kanak-kanak telah membuka jalan bagi pendidikan berkualiti di Sabah,” katanya.

Ellron juga berharap agar program-program lain yang dikendalikan oleh Kolej SIDMA seperti pengurusan dan pengurusan sukan terus berkembang dan berjaya pada masa hadapan.

Sementara itu, Pengerusi Kolej SIDMA, Prof Dr Morni Kambrie mengumumkan Kolej SIDMA akan menawarkan biasiswa buat pertama kalinya kepada dua pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dalam Diploma Pengurusan Sukan pada tahun ini.

Pada majlis itu, seramai 107 graduan dari pelbagai bidang menerima diploma mereka pada majlis konvokesyen tersebut.

Daripada jumlah tersebut, 83 graduan menerima Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, lapan graduan menerima Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 10 graduan menerima Diploma Pengurusan dan enam graduan menerima Diploma Pengurusan Sukan.

Pada konvokesyen kali ini, Abigail Joan Frederick menerima Anugerah Pelajar Terbaik SIDMA 2024 bagi program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak manakala Anugerah Pelajar Terbaik bagi program Diploma Pengurusan disandang oleh Darren Paulson Linggi.

Related Posts

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

KUCHING – Hari Malaysia perlu dijadikan medan muhasabah nasional untuk menilai sejauh mana negara berjaya membina masyarakat yang matang, berwibawa dan berjiwa besar dalam mendepani cabaran semasa. Yang di-Pertua Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM

Malaysia beri lampu hijau prinsip kemudahan AS$100 juta untuk Maldives – PM