Mesyuarat APEC Peru 2024 fokus transformasi ekonomi

PUTRAJAYA – Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) Ke-31 dari 14 hingga 16 November ini di Lima, Peru, yang bertemakan ‘Empower. Include. Grow’ akan menghimpun pemimpin ekonomi Asia Pasifik untuk memperkukuh pertumbuhan mampan dan pembangunan inklusif di rantau ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan mengetuai delegasi Malaysia dengan diiringi Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, serta Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Selain penyertaan dalam AELM, Anwar akan menyertai Dialog Tidak Formal Pemimpin Ekonomi APEC bersama Tetamu, Dialog Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC) dengan Pemimpin Ekonomi APEC, serta pertemuan pemimpin industri yang diatur Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

“Perbincangan ini bertujuan meraih potensi pelaburan yang akan mencipta peluang pekerjaan berkualiti tinggi di Malaysia, selaras dengan keutamaan strategik yang digariskan dalam Kerangka Ekonomi MADANI, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), dan inisiatif ekonomi negara yang lain,” kata MITI dalam satu kenyataan.

MITI menjelaskan, Anwar dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan beberapa rakan sejawat untuk memperkukuh hubungan diplomatik Malaysia dan meneroka peluang integrasi ekonomi yang lebih mendalam dalam APEC.

Perdana Menteri juga akan membincangkan bagaimana perdagangan dan pelaburan dapat membantu mengurangkan kesan cabaran geopolitik dan geoekonomi semasa.

Secara keseluruhannya, persidangan kali ini dimulakan dengan APEC CEO Summit 2024 pada Rabu malam dengan resepsi bertemakan ‘Gerbang Meraih Peluang Terbuka’ yang turut dihadiri oleh pemimpin-pemimpin global.

Related Posts

Malaysia catat rekod spread terendah sukuk global AS$1.5 bilion, tarik permintaan RM40 bilion

KUALA LUMPUR – Malaysia mencatat pencapaian bersejarah menerusi penerbitan Sukuk Global bernilai AS$1.5 bilion apabila merekodkan spread terendah pernah dicapai bagi terbitan sukuk antarabangsa negara. Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
ECRL bantu perkukuh ekosistem ekonomi Pantai Timur

KUALA LUMPUR – Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dijangka memberi manfaat besar kepada usahawan dalam meluaskan pasaran selain memperkukuh pertumbuhan ekonomi khususnya di Pantai Timur. Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Tiada larangan, Sanusi boleh terus berkempen di Negeri Sembilan – Samsuri

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Kerja baik pulih paip bocor, seluruh daerah Matu dan Daro alami gangguan air

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Lelaki ditahan, disyaki serang, ugut penguatkuasa MBI

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Anthony jadi Menteri Besar, kenyataan Asyraf Wajdi bercanggah Undang-Undang Tubuh Negeri

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah

Kenyataan Sanusi bukti Pas gemar tunggang politik pecah belah

Harimau Malaya kalahkan Myanmar 2-1

Harimau Malaya kalahkan Myanmar 2-1