Anwar zahir dukacita serangan bom di Quetta

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan rasa dukacita dengan kejadian serangan bom yang mengerikan di Quetta, Pakistan.

Kejadian itu meragut sekurang-kurangnya 24 nyawa dan menyebabkan ramai lagi cedera.

“Bagi pihak Malaysia, saya mengucapkan takziah yang mendalam kepada rakyat Pakistan yang sedang berkabung atas kehilangan yang tidak masuk akal dan memusnahkan ini.

“Perbuatan kejam dan keganasan menyasarkan orang awam dan anggota keselamatan adalah peringatan jelas mengenai ancaman berterusan dibawa oleh ekstremisme dan ideologi iaitu kuasa-kuasa yang merosakkan kemajuan dan keamanan dalam masyarakat Muslim,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Anwar berkata, Malaysia berdiri teguh dalam solidariti dengan Kerajaan Pakistan dalam usaha menentang keganasan.

Terdahulu media melaporkan, sekurang-kurangnya 24 orang terbunuh, manakala lebih 40 cedera dalam letupan bom di sebuah stesen kereta api di Quetta, barat daya Pakistan, hari ini, menurut polis dan pegawai lain kepada Reuters.

Pakistan kini bergelut dengan peningkatan serangan militan pemisah etnik di selatan dan pemberontak Islam di barat laut negara itu.

Related Posts

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

BATU PAHAT – Perdana Menteri merangkap Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan penguasaan teknologi, pengukuhan nilai kemanusiaan serta penolakan terhadap politik perpecahan kaum dan agama ketika menyampaikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

BATU PAHAT – Rundingan pembahagian kerusi antara parti komponen Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah dimuktamadkan dan kini hanya menunggu persetujuan rasmi daripada Pengerusi PH,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Anwar tekankan kepentingan teknologi, nilai kemanusiaan dan tolak politik perpecahan

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Pembahagian kerusi PH Johor selesai, tunggu lampu hijau Anwar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar

Aminuddin kecewa dikhianati hingga DUN Negeri Sembilan dibubar

Bantuan Kerajaan Persekutuan bukti komitmen PH bela kebajikan rakyat Johor – Aminolhuda

Bantuan Kerajaan Persekutuan bukti komitmen PH bela kebajikan rakyat Johor – Aminolhuda

Penolakan tawaran SUA MB Perlis buka ruang pelbagai tafsiran hubungan Pas-Bersatu

Penolakan tawaran SUA MB Perlis buka ruang pelbagai tafsiran hubungan Pas-Bersatu

RM90 juta untuk PRN Johor lebih baik disalur kepada rakyat – Dr Zaliha

RM90 juta untuk PRN Johor lebih baik disalur kepada rakyat – Dr Zaliha