Karya sastera jadi kritikan sosial, ubah pemikiran masyarakat

KUCHING – Karya sastera dapat dijadikan kritikan sosial yang mengubah pemikiran masyarakat.

Pakar sejarah Dr Suffian Mansor berkata Muhammad Yusuf Rakawi merupakan tokoh nasionalis Melayu Sarawak yang berperanan menyedarkan masyarakat melalui penulisan.

“Muhammad Yusuf Rakawi pernah menyuarakan kebimbangan terhadap masyarakat ketika itu melalui Melati Sarawak dan Hikayat Sarawak,” kata Dr Suffian.

Tambah Dr Suffian, kritikan dilemparkan oleh Muhammad Yusuf seperti masyarakat enggan menerima perubahan kerana terlalu terikat dengan adat lama.

“Keengganan masyarakat menerima perubahan kerana masih terikat adat lama menjadikan beliau menggunakan sastera untuk membentuk pemikiran masyarakat,” kata Dr Suffian lagi.

Dr Suffian mengulaskan karya Melati Sarawak menggambarkan masyarakat Melayu ketika itu tidak begitu terkesan dengan kemelesatan ekonomi.

“Masyarakat Melayu ketika itu terlalu leka akan hiburan sehingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan golongan terpelajar Melayu,” ujar Dr Suffian ketika  menyampaikan Syarahan di Wacana Pemikiran Sasterawan Sarawak, The Hills, Kuching pada Selasa.

Selain itu, jelas Dr Suffian lagi, hubungan rapat Muhammad Yusuf dengan gerakan nasionalisme Melayu di Tanah Melayu dan Singapura mempengaruhi pemikiran dalam karya beliau.

“Disebabkan itu, Muhammad Yusuf menubuhkan akhbar Fajar Sarawak untuk memberi kesedaran masyarakat Melayu Sarawak dalam bidang pendidikan, sosioekonomi dan ajaran Islam,” kata Dr Suffian lagi.

Related Posts

Cuaca panas: Miri mohon tambahan anggota bomba, peruntukan tangani kebakaran belukar

MIRI – Keadaan cuaca panas dan kering yang melanda daerah ini mencetuskan kebimbangan susulan peningkatan kes kebakaran belukar yang dilaporkan semakin kerap berlaku sejak kebelakangan ini. Timbalan Menteri Pelancongan, Seni…

Lebih lanjut

teruskan membaca
STEM Catalysts 2026 latih 260 pelajar Sebuyau kuasai teknologi

SEBUYAU – Program STEM Catalysts 2026 yang berlangsung di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Sebuyau di sini berjaya memperkasa lebih 260 pelajar generasi baharu untuk mendepani teknologi masa depan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga diesel turun lagi 85 sen

Harga diesel turun lagi 85 sen

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan teliti impak gangguan petrokimia susulan penutupan Selat Hormuz

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

Kerajaan bakal umum langkah baharu tangani pengangguran minggu depan

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

463 permohonan turunkan kandungan berita palsu diterima MCMC

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

BDR bantu jimat lebih 300,000 liter bahan api dalam tempoh seminggu

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi

200 juta liter diesel ke Australia bukan dari Malaysia – Fahmi