Mohd Yusoff dilantik Ketua Polis Kelantan

KOTA BHARU – Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Gerakan) Bukit Aman, Datuk Mohd Yusoff Mamat secara rasminya dilantik sebagai Ketua Polis Kelantan yang baharu.

Satu majlis pemakaian lencana pangkat dan serah terima tugas bagi jawatan Ketua Polis Kelantan telah diadakan hari ini di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Mohd. Ali Tamby memangku tugas Datuk Muhamad Zaki Harun yang bersara wajib pada 31 Ogos lalu.

Majlis turut disempurnakan oleh Tmbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay sebagai simbolik peralihan kepimpinan dan penyerahan tanggungjawab kepada Mohd Yusoff untuk menerajui Kontinjen Kelantan.

Terdahulu, Mohd Yusoff dalam ucapannya berterima kasih kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Ayob Khan serta barisan pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk menerajui PDRM Kelantan.

Beliau berkata, akan berusaha sebaik mungkin dalam melaksana tugas dengan penuh dedikasi selain memastikan kesejahteraan berjalan lancar.

“Saya bertekad untuk meningkatkan kepercayaan masyarakat kepada PDRM di Kelantan dan saya menyeru semua peringkat pegawai dan anggota untuk bekerja bersama saya dalam mengukuhkan kerjasama dengan masyarakat dan berusaha menjadi lebih baik,” katanya.

Related Posts

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

KOTA KINABALU – Ibu bapa perlu meningkatkan literasi digital bagi memastikan penggunaan teknologi dalam kalangan anak-anak dapat dimanfaatkan untuk pembelajaran, selain mengurangkan risiko seperti ketagihan peranti, buli siber dan penipuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Terengganu jadi ujian keikhlasan: Bila penyatuan Melayu sampai bab kerusi, Pas sanggup berkongsi?

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Ibu bapa perlu celik digital, lindungi anak daripada risiko siber

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Tempoh idah PRU16 belum sampai

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Chelsea gagal raih tiga mata, seri 2-2 lawan Hull

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana