RCI Tabung Haji dijangka jadi antara isu tumpuan kempen PRN Melaka

MELAKA – Isu berkaitan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji (TH) dijangka menjadi antara perkara yang mendapat perhatian sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, selain krisis politik di Negeri Sembilan dan pembentangan Belanjawan 2027.

Pemerhati politik, Raggie Jessy Rithaudeen berkata, perkembangan berkaitan RCI TH kini lebih mendapat perhatian berbanding ketika isu berkenaan mula tercetus pada PRN Negeri Sembilan sebelum ini, susulan perkembangan siasatan dan pendakwaan terhadap beberapa individu yang dikaitkan dengan UMNO.

Beliau berkata, perkara itu berpotensi menjadi bahan perdebatan antara parti politik sepanjang kempen, khususnya membabitkan persoalan mengenai dapatan RCI, tindakan susulan pihak berkuasa serta pendirian parti politik terhadap perkembangan berkenaan.

“RCI ini akhirnya diputuskan untuk diteruskan dan skopnya sudah ditetapkan. Dapatan RCI pula membawa kepada siasatan pihak berkuasa dan dakwaan tertentu.

“Jika ada dapatan yang menjurus kepada dakwaan, biarlah perkara itu disiasat dan didakwa. Soal RCI baharu pula adalah perkara lain,” katanya menerusi siaran langsung di Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu yang dijangka menjadi tumpuan menjelang PRN Melaka selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan berkuat kuasa 23 September lalu bagi memberi laluan kepada PRN ke-16.

Menurutnya, pengundi khususnya golongan muda dijangka menilai isu berkenaan berdasarkan fakta dan penjelasan yang dikemukakan parti politik, bukannya semata-mata berdasarkan sentimen kepartian.

“Kalau ada perkara yang tidak betul, siasat dan jika perlu didakwa, dakwa. Orang yang didakwa atau disiasat pula seeloknya tidak terlibat dalam pilihan raya. Itu cara mereka berfikir,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata perkembangan politik di Negeri Sembilan turut berpotensi menjadi isu kempen kerana ia membabitkan persoalan berkaitan institusi diraja, adat dan pentadbiran negeri.

Katanya, kerumitan isu berkenaan menyebabkan sebahagian besar pengundi mungkin lebih melihat kepada perkembangan dan kenyataan pihak yang terlibat, berbanding meneliti aspek perlembagaan serta adat secara terperinci.

“Kalau orang berfikiran mudah, mereka nampak seorang raja atau Yang Dipertuan Besar, mereka nampak Menteri Besar dan Exco yang membuat keputusan serta mengeluarkan kenyataan.

“Persepsi yang timbul ialah seolah-olah ada campur tangan politik dalam krisis adat dan semua ini boleh mencorakkan pemikiran pengundi di Melaka,” katanya.

Beliau berkata, Belanjawan 2027 yang dijadual dibentangkan ketika tempoh menuju PRN Melaka juga boleh menjadi antara perkara yang diberi perhatian pengundi.

Menurutnya, kerajaan mempunyai ruang untuk memperkenalkan langkah yang dapat dirasai secara langsung rakyat menerusi belanjawan berkenaan, khususnya dalam menangani perkara yang membebankan kehidupan seharian.

“Belanjawan ini satu-satunya peluang bagi kerajaan mengubah persepsi rakyat dan ia boleh membawa impak jika perkara yang benar-benar membebankan rakyat dijawab serta diselesaikan,” katanya.

DUN Melaka yang mempunyai 28 kerusi dibubarkan pada 23 September lalu selepas mendapat perkenan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam. Pada PRN Melaka 2021, Barisan Nasional (BN) memenangi 21 kerusi, manakala Pakatan Harapan (PH) memperoleh lima dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual bermesyuarat pada 7 Oktober untuk menetapkan tarikh penting PRN Melaka, termasuk hari penamaan calon dan pengundian.

Related Posts

Hanya makan malam, tiada perbincangan rasmi kerjasama PH PRN Melaka

PUTRAJAYA – Tiada perbincangan rasmi mengenai kerjasama Pakatan Harapan (PH) dengan Bersatu di sebalik pertemuan pemimpin kedua-dua pihak di sebuah hotel di Melaka malam tadi. Pengarah Komunikasi PH, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
GPS sedia pertahan semua kerusi DUN

BETONG – Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersedia mempertahankan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili gabungan itu sekiranya pilihan raya negeri diadakan. Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu pelarian diselesaikan ikut lunas undang-undang, tidak akan dibiarkan berlarutan

Isu pelarian diselesaikan ikut lunas undang-undang, tidak akan dibiarkan berlarutan

Hilux bawa pekerja ECRL terbabas di LPT

Hilux bawa pekerja ECRL terbabas di LPT

RCI Tabung Haji dijangka jadi antara isu tumpuan kempen PRN Melaka

RCI Tabung Haji dijangka jadi antara isu tumpuan kempen PRN Melaka

Bekas Pengarah Besar FELDA tidak mengaku perdaya penukaran hak milik tanah

Bekas Pengarah Besar FELDA tidak mengaku perdaya penukaran hak milik tanah

Kejayaan Petronas projek LNG Canada pamerkan kepakaran Malaysia di mata dunia

Kejayaan Petronas projek LNG Canada pamerkan kepakaran Malaysia di mata dunia

Kerajaan utamakan keselamatan, kepentingan rakyat berhubung isu pelarian Myanmar

Kerajaan utamakan keselamatan, kepentingan rakyat berhubung isu pelarian Myanmar