SEREMBAN – Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan (Exco) yang baharu dijadual berlangsung di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah esok.
Berdasarkan undangan media yang dikeluarkan pihak istana, istiadat berkenaan akan diadakan pada jam 9 pagi.
Istiadat itu menyusul selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di Istana Hinggap, di sini, hari ini.
Pertemuan kira-kira sejam itu diadakan bagi membincangkan kemelut semasa yang melanda negeri berkenaan.
Turut hadir Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, serta Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said.
Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim, turut menghadap Tuanku Muhriz.



