Bekas Pengarah Besar FELDA tidak mengaku perdaya penukaran hak milik tanah

KUALA LUMPUR – Bekas Pengarah FELDA, Datuk Faizoull Ahmad mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu berhubung pemindahan hak milik 16 bidang tanah milik FELDA di Jalan Semarak pada 2014.

Faizoull, 66, yang memakai kemeja berwarna kelabu, telah membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

“Tidak bersalah dan minta dibicarakan,” katanya di dalam kandang tertuduh.

Mengikut pertuduhan, Faizoull yang ketika itu merupakan Pengarah Besar FELDA didakwa memperdayakan Lembaga Pengarah dengan niat tidak jujur menyembunyikan fakta berhubung Surat Kuasa Wakil bertarikh 3 Jun 2014.

Surat Kuasa Wakil berkenaan memberikan kuasa kepada Synergy Promenade Sdn Bhd untuk memindahkan hak milik 16 bidang tanah milik FELDA yang terlibat dalam cadangan pembangunan Lot FELDA di Jalan Semarak.

Perbuatan itu didakwa mendorong Lembaga Pengarah FELDA bersetuju dengan Surat Kuasa Wakil berkenaan, sehingga menyebabkan kesemua 16 lot tanah itu dipindahkan hak milik kepada Synergy Promenade Sdn Bhd dan Synergy Promenade KLVC Sdn Bhd.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Menara FELDA pada 2 September 2014.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun, sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM70,000 dengan seorang penjamin serta memerintahkan passport ditahan sehingga kes selesai.

Tertuduh turut diarahkan melaporkan diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahqn Rasuah Malaysia (SPRM) terdekat sebulan sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, N Joy Jothi sementara tertuduh diwakili peguam, Datuk Sukri Mohamed.

Kes akan disebut semula pada 6 November 2026

Related Posts

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Pengangkutan (MoT) akan memperketat kawalan keselamatan di lapangan terbang menerusi empat langkah segera bagi tempoh enam bulan akan datang. Menteri Dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

KUALA LUMPUR – Kerajaan mempertimbangkan cadangan melarang parti politik daripada menerima sebarang dana dari luar negara, termasuk disalurkan menerusi pihak ketiga di bawah Rang Undang-Undang (RUU) Pembiayaan Politik. Menteri di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM