SPR sahkan tiada PRK Parlimen Subang

KUALA LUMPUR – Kerusi Parlimen Subang yang kini kosong susulan peletakan jawatan Wong Chen tidak akan diisi menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataan malam tadi memaklumkan keputusan itu dibuat selepas menerima surat daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, Johari memaklumkan bahawa tiada keperluan untuk mengisi kekosongan luar jangka kerusi Parlimen P.104 Subang.

Beliau berkata, keputusan berkenaan dibuat berdasarkan Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan.

“Tiada PRK bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.104 Subang akan dijalankan,” katanya.

Menurut Ramlan, SPR menerima pemakluman rasmi daripada Johari menerusi surat bertarikh 11 Ogos berkaitan status kekosongan luar jangka kerusi berkenaan.

Katanya, kekosongan itu berlaku selepas Wong Chen meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Subang dan kerusi berkenaan diisytiharkan kosong mengikut Perkara 51 Perlembagaan Persekutuan.

Terdahulu, Johari mengesahkan pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bahawa beliau telah menerima notis rasmi peletakan jawatan Wong Chen.

Notis berkenaan diterima pada 10 Ogos, sebelum perkara itu dimaklumkan kepada SPR untuk tindakan selanjutnya.

Keputusan SPR bermakna pengundi di kawasan Parlimen Subang tidak akan melalui proses pengundian bagi mengisi kekosongan tersebut.

Related Posts

Abdul Hadi keliru, gagal bezakan antara DAP dan PH – Faiz

AMANAH berpandangan Pas keliru semasa membicarakan kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang terkait dakwaan dibuat pemimpin veteran itu mengulas mengenai DAP serta PH. Setiausaha Agung AMANAH, Faiz Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Exco Perlis letak jawatan AJK Bersatu Arau serta-merta

ARAU – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perlis terus menerima tekanan selepas seorang Exco Kerajaan Negeri Perlis meletakkan jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Bersatu Bahagian Arau berkuat kuasa serta-merta. Beliau,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keluar Dewan masuk TikTok, ini ‘level’ Ahli Parlimen pembangkang?

Keluar Dewan masuk TikTok, ini ‘level’ Ahli Parlimen pembangkang?

PPR Ampar Tenang selamat diduduki, KPKT jawab dakwaan

PPR Ampar Tenang selamat diduduki, KPKT jawab dakwaan

SPR sahkan tiada PRK Parlimen Subang

SPR sahkan tiada PRK Parlimen Subang

SADA laksana lawatan penanda aras Program Sarawakku Sayang Bahagian Sarikei

SADA laksana lawatan penanda aras Program Sarawakku Sayang Bahagian Sarikei

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

RCI baharu perlu ditubuh siasat pengurusan, operasi Tabung Haji antara 2021-2025

Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi

Penangguhan RCI beri peluang TH laksana syor dicadang, pulihkan organisasi