SADA laksana lawatan penanda aras Program Sarawakku Sayang Bahagian Sarikei

SARIKEI – Agensi Pembangunan Sri Aman (SADA) telah melaksanakan lawatan penanda aras sempena Program Sarawakku Sayang Bahagian Sarikei (SKS) yang berlangsung dari 7 hingga 9 Ogos lepas sebagai persediaan bagi penganjuran program sama di Bahagian Sri Aman September depan.

SADA dalam kenyataan berkata, lawatan strategik itu bertujuan mengumpul maklumat, bertukar pandangan dengan agensi terlibat serta mengenal pasti amalan terbaik, khususnya dalam aspek penyelarasan pameran pembangunan berasaskan agensi pembangunan.

Menurut kenyataan itu lagi, hasil lawatan berkenaan akan dijadikan panduan dalam memperkemas pengisian serta perancangan Pameran Pembangunan SADA bagi memastikan penyertaannya pada Program Sarawakku Sayang Bahagian Sri Aman dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun dan berimpak.

Program Sarawakku Sayang Peringkat Bahagian Sri Aman dijadualkan berlangsung dari 25 hingga 27 September depan.

Dalam perkembangan sama, Pengerusi SADA, Datuk Seri Rohani Abdul Karim menyifatkan lawatan penanda aras itu sebagai satu langkah proaktif yang mampu memberi impak positif terhadap persediaan Unit SADA menjelang penganjuran program berkenaan.

“Saya melihat lawatan penanda aras ini sebagai satu landasan penting dan medan pembelajaran strategik buat Unit SADA.

“Pengalaman serta garis panduan yang diperoleh dari Bahagian Sarikei akan dijadikan pemangkin untuk memperkemas penyampaian maklumat impak pembangunan di bawah SADA,” katanya.

Beliau berkata pendekatan berkenaan penting bagi memastikan penyertaan SADA dalam Pameran Pembangunan Sarawakku Sayang Bahagian Sri Aman bukan sahaja berjalan lancar, malah mampu memberikan nilai tambah serta manfaat yang nyata kepada masyarakat setempat.

Related Posts

Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

TAWAU – Wanita diseru supaya lebih prihatin terhadap kesihatan payudara dengan menjalani pemeriksaan bersesuaian serta mendapatkan nasihat profesional sekiranya mengesan sebarang perubahan yang membimbangkan. Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

LAHAD DATU – Belanjawan 2027 mencerminkan kesungguhan Kerajaan MADANI memastikan agenda pembangunan negara terus dilaksanakan seiring usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat termasuk di Sabah dan Sarawak. Ketua Cabang PKR Lahad Datu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak