Jasa penderma darah terus dihargai

SANDAKAN: Jasa penderma darah sukarela serta komitmen pelbagai agensi, pertubuhan dan syarikat dalam memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi untuk keperluan pesakit terus dihargai menerusi Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 2026 Peringkat Kluster Sandakan, di sini, pada Sabtu.

Pengarah Hospital Duchess of Kent Sandakan (HDOK), Dr Mohd Fahmie Othman berkata, sambutan itu turut menjadi platform menghargai keikhlasan penderma darah yang tampil membantu menyelamatkan nyawa insan lain.

“Tema Hari Penderma Darah Sedunia 2026 iaitu ‘One Drop of Humanity. Give Blood. Save Lives.’ atau ‘Setitis Kemanusiaan. Derma Darah. Selamatkan Nyawa’ membawa mesej bahawa setiap titisan darah yang didermakan melambangkan nilai kemanusiaan, keprihatinan dan harapan kepada pesakit yang memerlukan.

“Darah tidak boleh dihasilkan di makmal dan tiada pengganti yang mampu menggantikannya.

“Setiap beg darah yang didermakan amat bernilai kerana mampu memberikan peluang kedua kepada pesakit, termasuk mangsa kemalangan, pesakit yang menjalani pembedahan, pesakit kanser, pesakit talasemia serta ibu yang mengalami komplikasi ketika bersalin,” katanya

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 2026 Peringkat Kluster Sandakan anjuran Jabatan Perubatan Transfusi HDOK di Dewan Selingan, HDOK.

Dr Mohd Fahmie turut merakamkan penghargaan kepada semua penderma darah yang sentiasa menyokong setiap kempen derma darah anjuran Jabatan Perubatan Transfusi HDOK.

Pada majlis itu, Anugerah Penghargaan Kategori Penganjur Kempen Derma Darah turut disampaikan kepada organisasi yang menunjukkan komitmen tinggi dalam menjayakan kempen derma darah bergerak sepanjang tahun.

Bagi kategori jabatan kerajaan dan agensi, penghargaan diberikan kepada Kem Tentera Sri Kinabatangan (Batalion Ke-22 Rejimen Askar Melayu Diraja) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan.

Kategori NGO dan persatuan pula menyaksikan Persatuan Hung Mun Fook Yee Hing, Persatuan Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Konven St Cecilia Sandakan, Persatuan Tzu Chi Bandar Indah Sandakan serta Gereja Basel Sandakan menerima penghargaan.

Bagi kategori syarikat swasta, penerima anugerah ialah Harbour Mall Sandakan, Pasaraya Besar Mydin Sandakan, Mitsubishi Motors TBNC Sandakan dan IOI Edible Oil Sdn Bhd, manakala Politeknik Sandakan serta Institut Latihan Perindustrian (ILP) Sandakan menerima penghargaan bagi kategori institut pengajian tinggi dan sekolah.

Majlis itu turut menghargai sumbangan penaja program iaitu Life Water Industries Sdn Bhd (K2), Persatuan Ortopedik Sandakan dan Wangi Mart yang membantu menjayakan sambutan menerusi sumbangan barangan, makanan, hadiah serta sokongan logistik.

Sambutan berkenaan diserikan dengan pelbagai aktiviti termasuk Kempen Derma Darah, Pemeriksaan Kesihatan dan Pameran Kesihatan bagi menggalakkan lebih ramai masyarakat tampil menderma darah, sekali gus meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pendermaan darah dan penjagaan kesihatan.

Turut hadir Timbalan Pengarah Perubatan II HDOK, Dr Siti Rahayu Sulaiman; Ketua Jabatan Perubatan Transfusi HDOK, Dr C Chew Khui Yei; wakil agensi kerajaan dan swasta, rakan strategik, penaja program serta para penderma darah yang diraikan.

Related Posts

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

KOTA KINABALU – Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) masih ditutup sementara bagi membolehkan kerja pembaikan penting diselesaikan dengan selamat, dengan 20 penerbangan terjejas setakat hari ini. Malaysia Airports…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK