Mahasiswa digesa perkukuhkan pengetahuan demi masa depan Sarawak – Annuar Rapaee

SIBU – Golongan pelajar disaran memainkan peranan lebih aktif sebagai ejen perubahan dengan memperkukuh pengetahuan mengenai dasar dan hala tuju pembangunan Sarawak bagi memastikan agenda pembangunan negeri dapat diteruskan secara mampan pada masa hadapan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, generasi muda khususnya mahasiswa, tidak seharusnya ketinggalan dalam memahami dasar kerajaan kerana mereka bakal mewarisi tanggungjawab meneruskan pembangunan negeri serta menyumbang kepada kemajuan masyarakat.

“Kefahaman terhadap pelbagai dasar yang diperkenalkan kerajaan bukan sahaja membolehkan pelajar menikmati manfaat daripada inisiatif yang disediakan malah membantu mereka membuat penilaian secara kritis terhadap pelaksanaan sesuatu dasar demi kepentingan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Silaturahim Pelajar DUN Nangka 2026 yang berlangsung di Universiti Teknologi Sarawak (UTS) pada Sabtu.

Annuar berkata, pelajar turut digalakkan menyuarakan pandangan serta cadangan membina bagi memperkukuh pelaksanaan dasar kerajaan, termasuk usaha memperjuangkan hak Sarawak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), sekali gus memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat.

Mengulas pembangunan Sibu, katanya, bandar itu masih berhadapan beberapa cabaran seperti kekurangan peluang pekerjaan, penghijrahan tenaga mahir, pertumbuhan penduduk yang perlahan, keperluan perumahan dan usaha menarik lebih banyak pelaburan.

“Sehubungan itu, penubuhan Zon Ekonomi Sibu dengan peruntukan RM1.5 bilion diharap menjadi pemangkin kepada usaha merancakkan semula ekonomi serta mewujudkan lebih banyak peluang kepada penduduk tempatan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan Pusat Khidmat DUN Nangka telah menyalurkan bantuan pendidikan berjumlah RM757,500 kepada 1,515 pelajar sepanjang tempoh 2022 hingga 2025.

Beliau turut menggesa mahasiswa mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dan kembali berbakti di Sibu selepas menamatkan pengajian bagi bersama-sama menyumbang kepada pembangunan bandar serta negeri.

Related Posts

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kualiti liputan dan capaian internet pada malam kemuncak sambutan Hari Malaysia ke-63 akan berada di tahap optimum bagi melancarkan kelancaran tugas pengamal media.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penghantar barang ditahan bersama dadah, pistol palsu

TEMERLOH – Tindakan seorang penghantar barang menyembunyikan sepucuk pistol palsu di bawah kerusi bahagian pemandu terbongkar selepas ditahan dalam serbuan berkaitan dadah di Paya Keladan di sini, malam Sabtu lalu.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan