Politik momokan DAP tidak lagi laku di Seri Menanti

KUALA PILAH – Politik momokan terhadap DAP yang dikaitkan dengan isu tanah adat, institusi Raja-Raja Melayu dan kepentingan orang Melayu disifatkan tidak lagi berkesan untuk menakut-nakutkan pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Menanti.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Gemetir, Jalaluddin Ujang berkata, masyarakat khususnya di kawasan kampung perlu lebih rasional dalam menilai dakwaan yang dimainkan parti politik, terutama ketika musim pilihan raya.

Menurutnya, dakwaan bahawa DAP akan mengambil tanah adat atau mengganggu institusi Raja-Raja Melayu hanya bertujuan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat.

“Pada hari ini, mereka sudah tidak ada modal lagi. Jadi, DAP dimomokkan sebagai jahat, kononnya akan mengambil tanah adat dan sebagainya.

“Itu semua sebenarnya hanya nak menakut-nakutkan orang. Kalau betul-betul berfikir, semuanya kosong sahaja,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP) di sini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui mengenai pandangan penduduk berhubung kempen politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Jalaluddin berkata, masyarakat kampung juga perlu berhati-hati supaya tidak menerima sesuatu dakwaan secara bulat-bulat hanya kerana ia didengar daripada pihak tertentu.

Tambahnya, persaingan antara parti politik untuk mendapatkan kuasa tidak seharusnya menyebabkan masyarakat berpecah dan hubungan sesama rakyat menjadi retak.

“Bagi saya, orang BN memang mahu merebut kuasa. Orang PN pun begitu, mereka juga mahu kuasa.

“Dalam keadaan berebut-rebut inilah berlaku keretakan. Kalau berterusan, lama-lama boleh lingkup,” katanya.

Beliau berkata, DAP yang berada dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) juga tidak seharusnya terus dijadikan sasaran momokan, khususnya dengan mendakwa parti itu akan mengganggu adat dan institusi Raja.

“PH tidak begitu. Walaupun DAP dimomokkan, DAP tidak buat apa-apa pun. Mereka tidak usik adat kita, tidak usik Raja-Raja kita.

“Jadi, siapa sebenarnya yang mahu merosakkan hubungan DAP dengan PH? DAP berada dalam PH dan cukup setia dengan PH,” katanya.

Jalaluddin berkata, komposisi masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum juga perlu dijadikan asas untuk mengukuhkan kerjasama, bukannya dijadikan alasan untuk menimbulkan perpecahan.

Sementara itu, Pengerusi JPKK Kuala Parit, Md Ali Mat berkata, pengundi di kawasan berkenaan perlu menilai politik secara lebih terbuka dan tidak mudah terpedaya dengan isu yang dimainkan menjelang pilihan raya.

Pada masa sama, beliau berkata, kerjasama antara parti politik bukan perkara baharu dalam politik negara dan tidak sepatutnya dijadikan modal untuk menimbulkan sentimen dalam kalangan rakyat.

“Kita orang kampung sahaja. Kita sama, sama ada PH atau BN. Janganlah terpedaya dengan isu-isu yang sengaja dimainkan.

“BN sendiri pernah bersama MCA, DAP dan parti lain. Jadi, apabila ada gabungan, janganlah perkara itu dijadikan isu untuk memecah-belahkan kita,” katanya.

Beliau berkata, pengundi sepatutnya menilai kerajaan berdasarkan prestasi dan manfaat yang diterima rakyat, bukan semata-mata berdasarkan sentimen terhadap sesebuah parti.

“Daripada gaji, bonus dan macam-macam perkara yang dijanjikan, kita tengok apa yang betul-betul dibuat. Jangan hanya cakap dan kemudian jadikan ia isu.

“Janganlah terpedaya. Selepas pilihan raya, kerajaan tetap perlu bekerja untuk rakyat,” katanya.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK