Laporan RCI Tabung Haji didedah hari ini

PUTRAJAYA – Jemaah Menteri bersetuju untuk menyahklasifikasikan dan mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Tabung Haji (TH) bagi tempoh 2014 hingga 2020 kepada umum.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, laporan berkenaan turut akan dibentangkan dan dibahaskan dalam sidang khas Dewan Rakyat yang akan diadakan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas Jemaah Menteri menerima taklimat daripada pengurusan tertinggi TH serta meneliti kandungan laporan RCI berkenaan.

“Jemaah Menteri bersetuju laporan ini disahklasifikasikan dan didedahkan kepada umum hari ini.

“Laporan ini juga akan dibentangkan serta dibahaskan pada sidang khas Dewan Rakyat dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan bersedia mendedahkan laporan akhir RCI Tabung Haji bagi membolehkan rakyat mengetahui hasil siasatan terhadap dakwaan penjualan aset strategik agensi itu.

Mengulas lanjut, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, laporan RCI itu mengandungi 25 syor bagi memperkukuh tadbir urus dan pengurusan Tabung Haji.

Menurutnya, Jemaah Menteri dimaklumkan bahawa pihak pengurusan TH telah melaksanakan kira-kira 75 peratus daripada syor yang dikemukakan.

Beliau berkata, kerajaan turut mengambil maklum prestasi kewangan TH yang semakin baik apabila institusi itu mengumumkan agihan keuntungan sebanyak 3.5 peratus bagi tahun kewangan 2025.

“Ini menunjukkan pengurusan Tabung Haji kini berada pada landasan yang lebih baik,” katanya.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, Jemaah Menteri turut memutuskan supaya siasatan lanjut oleh agensi penguatkuasaan diteruskan serta-merta berdasarkan dapatan laporan RCI.

Katanya, mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang akan dibawa ke muka pengadilan mengikut proses perundangan yang ditetapkan.

Related Posts

Keputusan asas penambahan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak dicapai, perincian diserah kepada SPR

KUCHING – Keputusan dasar berhubung tuntutan penambahan kerusi Parlimen bagi Sabah dan Sarawak telah dipersetujui di peringkat kepemimpinan tertinggi negara, dan proses selanjutnya kini diserahkan sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Acara kemuncak Hari Malaysia di BCCK janjikan kelainan, pengunjung dinasihat pakai pelitup muka

KUCHING – Sambutan Hari Malaysia ke-63 Peringkat Kebangsaan yang dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada malam 16 September ini bakal menjanjikan pelbagai pengisian istimewa buat pengunjung. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan