PRN Negeri Sembilan: PDRM terima 62 laporan, buka 19 kertas siasatan

SEREMBAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 62 laporan polis dan membuka 19 kertas siasatan berkaitan kesalahan pilihan raya sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 bermula 18 Julai hingga semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, daripada jumlah itu, tiga kertas siasatan dibuka semalam membabitkan pelbagai kesalahan di bawah undang-undang pilihan raya dan Kanun Keseksaan.

Menurutnya, satu siasatan dijalankan mengikut Seksyen 11 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana disyaki melakukan kesalahan penyogokan.

“Satu lagi kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 4(a)(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyebarkan kandungan berunsur hasutan serta maklumat berkaitan pilihan raya melalui media sosial yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

“Manakala satu lagi kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat sehingga menyebabkan kehilangan atau kerugian harta benda,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan sama, Alzafny berkata, sebanyak 76 permohonan permit bagi ceramah dan aktiviti kempen diluluskan semalam, menjadikan keseluruhan permit yang diluluskan sepanjang tempoh kempen meningkat kepada 612.

Beliau berkata, PDRM akan terus mempertingkatkan pemantauan serta penguatkuasaan bagi memastikan setiap aktiviti kempen berlangsung mengikut lunas undang-undang.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang sepanjang tempoh berkempen,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini keadaan keselamatan dan ketenteraman awam di Negeri Sembilan kekal terkawal sepanjang proses pilihan raya.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai supaya terus mematuhi undang-undang, menghormati proses demokrasi serta memberikan kerjasama kepada PDRM bagi memastikan PRN berlangsung dalam suasana aman, harmoni dan teratur.

Semalam, seramai 14,995 pengundi awal atau 91.06 peratus telah menunaikan tanggungjawab mengundi, sekali gus melepasi sasaran 90 peratus yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Hari pengundian pada Sabtu ini akan melibatkan 867,151 pengundi biasa yang akan memilih wakil rakyat bagi 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), dengan 103 calon bertanding pada PRN Negeri Sembilan ke-16.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK