Laporan RCI Tabung Haji sedia didedah bukti komitmen ketelusan Kerajaan MADANI – Penganalisis

JELEBU – Keputusan kerajaan sedia untuk mendedahkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung Tabung Haji (TH) disifatkan sebagai langkah yang mencerminkan komitmen pentadbiran Kerajaan MADANI dalam memperkukuh ketelusan dan akauntabiliti.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mazlan Ali berkata, pendedahan laporan berkenaan wajar disegerakan selepas isu itu kembali menjadi perhatian umum kerana ia membolehkan kebenaran dizahirkan dan sebarang dakwaan salah laku dinilai secara adil.

Menurutnya, laporan RCI yang telah siap disiasat sememangnya boleh didedahkan kepada umum, namun proses itu tertakluk kepada pertimbangan dan keputusan Jemaah Menteri.

“RCI ini apabila siasatan sudah selesai dan keputusannya sudah ada, ia boleh didedahkan. Bagaimanapun, perkara itu tertakluk kepada keputusan Kabinet.

“Mungkin sebelum ini ada pertimbangan tertentu mengapa ia tidak didedahkan dan kita tidak mengetahui sebab sebenar. Namun apabila isu ini kembali dibangkitkan, saya fikir wajar Perdana Menteri menyegerakan pendedahan laporan itu supaya kebenaran dapat ditegakkan dan keadilan dapat dilaksanakan,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP) di sini, hari ini.

Beliau berkata, langkah membawa perkara itu untuk dipertimbangkan Kabinet sebelum didedahkan menunjukkan kerajaan menghormati proses pentadbiran dan tata kelola, bukannya bertindak secara tergesa-gesa.

Mengulas sokongan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh dan Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki supaya tiada pihak yang bersalah dilindungi, Mazlan berkata, perkembangan itu memberi ruang kepada kerajaan untuk bertindak secara lebih terbuka.

“Apabila pemimpin UMNO sendiri menyatakan sokongan supaya laporan itu didedahkan dan mana-mana pihak yang bersalah diadili, ia menjadi satu perkembangan yang positif.

“Ini boleh menjadi dorongan kepada Perdana Menteri untuk membawa perkara itu ke Kabinet dan mempertimbangkan pendedahannya demi kepentingan awam,” katanya.

Beliau bagaimanapun mengingatkan semua pihak agar tidak membuat sebarang kesimpulan terhadap kandungan laporan RCI sebelum ia didedahkan.

“Kita belum mengetahui kandungan sebenar laporan itu. Yang penting sekarang ialah laporan tersebut didedahkan.

“Jika benar terdapat salah laku atau penyelewengan tata kelola, maka pihak yang bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pengadilan mengikut lunas undang-undang, tanpa mengira siapa mereka,” katanya.

Pada Khamis, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan laporan akhir RCI berhubung TH telah sedia didedahkan kepada umum selewat-lewatnya pada penghujung Julai 2026.

Laporan itu dijangka memperincikan hasil siasatan, termasuk isu berkaitan pengurusan kewangan TH pada masa lalu.

Perkembangan itu susulan gesaan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal dan Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki supaya kerajaan mendedahkan sepenuhnya laporan RCI berkenaan serta memastikan mana-mana individu yang didapati terbabit dalam sebarang salah laku atau penyelewengan diambil tindakan mengikut undang-undang tanpa melindungi sesiapa.

Pada masa sama, bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, mendakwa laporan RCI itu sepatutnya didedahkan lebih awal, namun tidak berbuat demikian kerana didakwa mengambil kira kedudukan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan.

Beliau turut mendakwa laporan berkenaan mengandungi penemuan berkaitan pengurusan TH pada masa lalu.

Related Posts

MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

KOTA KINABALU – Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada Jumaat ini, 11 September. Menteri di Jabatan Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

KUALA LUMPUR – Kajian Suara Wanita 2025/2026 membawa kepada lima hala tuju dasar yang wajar diberi perhatian kerajaan, sektor swasta dan masyarakat sivil, kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit