Kerjasama strategik JKOM, ICU JPM perkasa inisiatif kerajaan Persekutuan

KUCHING – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) Zon Sarawak dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) memeterai kerjasama strategik bagi memperkasa penyampaian inisiatif Kerajaan Persekutuan di negeri ini pada Khamis.

Sesi perbincangan yang berlangsung di Pejabat Pembangunan Negeri Sarawak itu bermatlamat untuk mempergiat serta mempromosikan inisiatif dan projek kerajaan secara terus kepada rakyat.

Selain itu, langkah proaktif tersebut bertujuan memastikan hebahan maklumat berkaitan inisiatif kerajaan terutamanya program Sejati Madani disampaikan secara meluas.

“Hebahan ini turut melibatkan inisiatif kerajaan MADANI merangkumi usaha pembangunan sosioekonomi, khususnya dalam pemerkasaan golongan belia serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

“Sinergi antara agensi Persekutuan dengan kerajaan negeri amat penting bagi memastikan setiap projek dapat dipantau sekali gus memberi impak sebenar kepada kesejahteraan komuniti tempatan,” menurut kenyataan itu.

Antara pimpinan utama yang hadir pada perbincangan berkenaan ialah Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri I ICU JPM, Wan Fadillah Wan Ahmad dan Pengarah JKOM Zon Sarawak, Ajes Tuah.

Turut serta menyumbang buah fikiran ialah Timbalan Pengarah Pembangunan Negeri II ICU JPM, Aziba Rashid berserta barisan pegawai kanan JKOM dan ICU JPM.

Related Posts

Permohonan Program MamaKerja akan dibuka Ogos ini

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor menambah peruntukan sebanyak RM5 juta bagi Program MamaKerja menerusi Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 2, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan kepada RM10 juta…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bomba terus pantau Pasar Borong Selangor, pastikan tiada bara cetus kebakaran semula

SERI KEMBANGAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor masih meneruskan operasi pemeriksaan serta pemadaman sisa kebakaran di Pasar Borong Selangor, Pusat Bandar Putra Permai, dekat sini bagi memastikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Permohonan Program MamaKerja akan dibuka Ogos ini

Permohonan Program MamaKerja akan dibuka Ogos ini

Bomba terus pantau Pasar Borong Selangor, pastikan tiada bara cetus kebakaran semula

Bomba terus pantau Pasar Borong Selangor, pastikan tiada bara cetus kebakaran semula

Laporan RCI Tabung Haji sedia didedah bukti komitmen ketelusan Kerajaan MADANI – Penganalisis

Laporan RCI Tabung Haji sedia didedah bukti komitmen ketelusan Kerajaan MADANI – Penganalisis

Kerjasama strategik JKOM, ICU JPM perkasa inisiatif kerajaan Persekutuan

Kerjasama strategik JKOM, ICU JPM perkasa inisiatif kerajaan Persekutuan

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Tok Mat sangkal dakwaan Hamzah, tidak wujud gabungan Perikatan Barisan Nasional

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan

Harimau belang betina 94kg ditangkap, ganggu ternakan