
Oleh: Al Mumin Al Kanta
ULASAN | Lama aku menulis dan ikuti perkembangan politik. Kalau warna biru dan hijau… 30 tahun macam tiada kemajuan gaya berpolitiknya.
Maaf cakaplah. Saya tertanya-tanya apakah agenda yang mahu dibawa selain kononnya mengangkat martabat Melayu dan Islam.
Lebih 60 tahun Malaysia dipimpin oleh orang Melayu Islam, diberikan kuasa memerintah, masih terancamkah orang Melayu dan Islam?
Telah gagalkah agenda memperkasa bangsa dan mengangkat martabat agama? Mahu tunggu 100 tahun lagi?

Aku bila tengok ahli politik luar negara berucap, kagum sungguh aku. Tak payah ke AS (Amerika Syarikat) … cukup jiran kita Singapura. Tiadalah berkempen ‘level’ warung tepi jalan. Berteriak-teriak sambil mengugut pengundi.
Cuba tengok calon-calon Demokrat di AS baru-baru ini. Tak ada mcm kita yang asyik mengugut dan menakut-nakutkan rakyat macam si Trump mengugut rakyat AS dengan ‘jihadist’ dan “Muslim Brotherhood” yang mereka label pengganas. Sampai bila banduan Anwar dan DAP komunis dijadikan agenda kempen politik? Sampai kiamat?
Mereka sangat jelas membawa hujah rakyat. Isu, keperihatinan dan keresahan rakyat menjadi modal politik mereka. Sementara orang-orang politik Malaysia yang dibawanya hanyalah hujah kepala bapak politik mereka yang di’recycle’ setiap kali pilihan raya. Politik bebal.
Ada seorang tu kalau di ‘podcast’ bukan main bijak. Bila keluar sekejap berkempan, jadi benak balik.
Selagi ‘bebalisma’ masih mendominasi politik Malaysia, bersedialah utk ikat perut. Persaingan kerja semakin tajam sementara hidup semakin sulit. Kenapa? Kerana pemimpin tak guna akan memusnahkan ekonomi negara.
***Penulis adalah pemerhati politik



