Bomba terus pantau Pasar Borong Selangor, pastikan tiada bara cetus kebakaran semula

SERI KEMBANGAN – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor masih meneruskan operasi pemeriksaan serta pemadaman sisa kebakaran di Pasar Borong Selangor, Pusat Bandar Putra Permai, dekat sini bagi memastikan tiada lagi bara atau punca api yang boleh mencetuskan kebakaran semula.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, anggota bomba kini memberi tumpuan kepada kawasan lot kedai yang musnah dalam kejadian kebakaran malam tadi.

Beliau berkata, sehingga jam 7.50 pagi, kerja-kerja pemeriksaan dan pemadaman masih giat dijalankan di lokasi dan operasi hanya akan ditamatkan selepas pihaknya yakin kawasan terbabit benar-benar selamat.

“Kami akan meneruskan operasi sehingga dipastikan tiada lagi baki bara atau punca kebakaran yang berpotensi menyebabkan api marak semula,” katanya, seperti dipetik Berita Harian hari ini.

Menurutnya, kebakaran melibatkan lot kedai yang menjual perkakas elektrik dan peralatan dapur di Blok B4 Pasar Borong Selangor, dengan kira-kira 90 peratus premis berkenaan musnah.

Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Ashrul berkata, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 1.20 pagi hasil operasi yang membabitkan 68 pegawai dan anggota JBPM bersama 67 anggota Pasukan Bomba Sukarela.

Operasi pemadaman menggunakan pelbagai aset termasuk lima Fire Rescue Tender (FRT), sebuah Light Fire Rescue Tender (LFRT), dua Aerial Ladder Platform (ALP), sebuah All Terrain Vehicle (BATV), tiga Emergency Medical Rescue Services (EMRS) serta tujuh Water Tanker.

Terdahulu, operasi pemadaman berdepan cabaran besar apabila anggota bomba terpaksa menangani risiko letupan susulan kewujudan kira-kira 2,000 tin gas metana di dalam premis yang terbakar.

Selain itu, usaha pemadaman turut terjejas apabila lima pili bomba berhampiran tidak dapat digunakan kerana berada di bawah seliaan pihak swasta, manakala tiupan angin kencang menyebabkan api merebak dengan pantas.

Api turut merebak ke beberapa premis berhampiran, namun pasukan bomba berjaya menghalangnya daripada merebak ke bangunan utama Pasar Borong Selangor yang terletak kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian.

Related Posts

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

TAWAU – Pihak sekolah atau badan bukan kerajaan (NGO) digalakkan mewujudkan saluran bantuan berkaitan pengurusan haid perlu bagi memastikan remaja atau pelajar perempuan khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PADANG BESAR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perlis menerusi Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Biro Guaman Majlis Pimpinan Negeri (MPN) tampil menawarkan bantuan guaman kepada keluarga seorang murid cemerlang yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram