Teliti cadangan debat namun bertemu pengundi lebih utama

PORT DICKSON – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun akan meneliti terlebih dulu cadangan dan topik mengadakan debat terbuka jika menerima pelawaan daripada pihak lawan.

Calon PH Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi itu berkata, sebarang debat perlu mempunyai skop dan hala tuju yang jelas.

“Saya akan melihat kesesuaian dan apa keperluan untuk kita mengadakan debat berkenaan. Kita perlu ada pengkhususan, perbincangan mengenai debat berkenaan, saya perlu lihat dulu apa yang akan diperdebatkan.

“Ada perkara yang sensitif yang tak perlu diperdebatkan kerana itu akan memberikan satu kesan yang buruk,” katanya kepada media selepas walkabout bersama pengundi di Kampung Barisan, pada Khamis

Terdahulu, Pengerusi UMNO Negeri Sembilan yang juga calon Barisan Nasional (BN) DUN Pertang, Datuk Seri Jalaluddin Alias, dilaporkan bersedia berdebat jika menerima pelawaan pihak lawan.

Sementara itu, mengulas sama ada kerjasama BN dan Perikatan Nasional (PN) serta naratif ‘Gelombang Melayu’ memberi ancaman kepada PH di Negeri Sembilan, Aminuddin tidak menolak kemungkinan itu.

Bagaimanapun, beliau menyifatkan sentimen berkenaan dilihat masih berkecuali dalam kalangan pengundi.

“Bukan tidak ada pengaruh tetapi saya rasa rakyat Negeri Sembilan mampu menilainya. Saya nampak perkara itu agak neutral di Negeri Sembilan.

“Mungkin ada ancaman, tetapi sebesar mana ancaman itu kita belum tahu lagi. Gelombang Melayu ini sudah lama kita dengar, termasuk pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, namun kita perlu melihat sejauh mana kekuatannya,” katanya.

Sementara itu, Amiruddin sudah menjangka Pas akan meneruskan momentum mengarahkan ahli dan penyokongnya mengundi calon BN seperti yang dilakukan di Johor.

“Kita dah jangka mereka akan buat pengumuman itu dan saya harap masyarakat tidak terpengaruh dengan kata-kata itu kerana kita ada identiti dan jati diri,” katanya.

Related Posts

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

SENDAYAN – Barisan Nasional (BN) mempertaruhkan manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 yang menggariskan 88 usaha berasaskan sembilan fokus utama sebagai tawaran kepada rakyat sekiranya diberi mandat membentuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

BN pertaruh manifesto berteraskan sembilan fokus utama

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

Kerjasama BN-PN ibarat Titanic, tunggu masa karam – Hannah Yeoh

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

45 asnaf sekitar Mukah terima sumbangan Saberkas Prihatin

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Tender semula BELB RM30 juta, jamin bekalan elektrik stabil – Andi Suryady

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Kebun buah, rumah stor jadi lokasi simpan senjata RM360,000

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman

Klopp rasmi pengendali baharu Jerman