Lelaki Orang Asli maut, wanita cedera, motosikal masuk parit

TELUK INTAN – Seorang lelaki Orang Asli maut, manakala rakan wanitanya cedera selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjatuh ke dalam parit berhadapan sebuah kafe di Kampung Chui Chak, Langkap, dekat sini, malam Rabu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.36 malam itu, mangsa lelaki berusia 31 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala wanita Orang Asli berusia 25 tahun mengalami patah pada kedua-dua pergelangan tangan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.

Menurutnya, setibanya di lokasi, anggota mendapati mangsa lelaki berada dalam keadaan tertiarap di dalam parit, manakala mangsa wanita berada di atas tebing parit dalam keadaan cedera.

“Ketua operasi menjalankan penilaian situasi sebelum mengaplikasikan konsep SAVER dan mengarahkan anggota mengangkat mangsa lelaki keluar dari parit menggunakan pengusung.

“Pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi kemudian mengesahkan mangsa lelaki telah meninggal dunia sebelum mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, mangsa wanita diberikan rawatan awal di lokasi sebelum dihantar ke hospital dengan ambulans KKM bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, operasi yang melibatkan tujuh anggota BBP Teluk Intan bersama sebuah jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) itu ditamatkan sepenuhnya pada pukul 1.06 pagi.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit