Presiden PRBS mengaku tidak salah guna jawatan libatkan peruntukan RM2 juta

KOTA KINABALU – Presiden Pertubuhan Rungus Bersatu Sabah (PRBS), Makinsos Nawai, 67, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu atas pertuduhan menggunakan jawatannya bagi mendapatkan peruntukan pembinaan Dewan Kebudayaan dan Galeri Rungus bernilai RM2 juta.

“Saya tidak mengaku bersalah kerana dewan itu telah siap sepenuhnya,” katanya di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Andi Razalijaya A. Dadi, di sini, pada Rabu.

Dalam pertuduhan yang dibacakan oleh Pegawai Pendakwa SPRM, Norsham Saharom, Makinsos selaku pegawai badan awam didakwa menggunakan kedudukannya untuk memperoleh peruntukan daripada Kementerian Kewangan Sabah bagi pembinaan dewan berkenaan di Kota Marudu sekitar tahun 2022.

“Makinsos didakwa mengemukakan permohonan serta mengurus pelaksanaan projek tersebut tanpa memperoleh persetujuan Ahli Majlis Tertinggi PRBS, selain mempunyai kepentingan dalam proses permohonan dan pelaksanaan projek berkenaan.

“Kesalahan itu didakwa dilakukan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama,” ujarnya.

Makinsos mengaku memahami pertuduhan yang dikenakan walau pun begitu, beliau menafikan pertuduhan tersebut.

Norsham turut memohon jaminan sebanyak RM50,000 dengan dua penjamin tempatan serta beberapa syarat tambahan termasuk melapor diri ke pejabat SPRM setiap bulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak mengganggumu saksi pendakwaan.

Dalam pada itu Peguam bela Makinsos, Datuk Ram Singh memohon jumlah jaminan dikurangkan dengan mengambil kira faktor usia anak guamnya yang berumur 67 tahun, tidak mempunyai pekerjaan tetap serta telah memberikan kerjasama sepanjang siasatan.

Namun, permohonan Ram ditolak dan Hakim Mahkamah Sesyen menetapkan jaminan RM50,000 dengan dua penjamin tempatan dan deposit tunai sebanyak RM5,000.

Sementara itu, mahkamah menetapkan 27 Ogos depan bagi pengurusan kes, manakala perbicaraan dijadualkan berlangsung pada 2 hingga 4 November ini.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit