Buruh asing khayal syabu diberkas polis di tapak projek

MUKAH – Padah terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah, seorang lelaki warga asing ditahan bersama sejumlah bahan terlarang dalam satu serbuan di sebuah tapak projek pembangunan di Kampung Tellian Tengah di sini, pada Ahad.

Suspek yang berusia 21 tahun dan bekerja sebagai buruh binaan itu diberkas sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah kira-kira jam 1 tengahari hasil maklumat awam.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintenden Muhamad Rizal Alias berkata, hasil pemeriksaan fizikal ke atas suspek membawa kepada penemuan satu keratan tiub straw lutsinar yang mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu (methamphetamine).

“Anggaran berat kasar dadah yang dirampas adalah seberat 0.46 gram. Suspek bersama barang rampasan telah dibawa ke IPD Mukah untuk tindakan lanjut.

“Ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan media pada Isnin.

Mengulas lanjut, Muhamad Rizal berkata kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama.

Selain itu, polis turut membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 selepas pemeriksaan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah untuk berada di negara ini.

“Suspek kini direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 17 Julai 2026 bagi membantu pihak polis melengkapkan siasatan kes,” jelas beliau lagi.

Related Posts

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

LUMUT – Tindakan sebuah vesel pukat tunda Kelas C menggunakan mata pukat berukuran kurang daripada 38 milimeter membawa padah apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di perairan Pulau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

KUCHING – Majlis Kebajikan Sosial Sarawak (SWCS) merayu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) agar menyemak semula kelayakan kenderaan institusi kebajikan di bawah program subsidi bahan api…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026