Polis Johor siap siaga pastikan kelancaran pengundian awal PRN Johor, esok

JOHOR BAHRU – Polis Johor berada dalam tahap kesiapsiagaan bagi memastikan proses pengundian awal pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 berlangsung dalam keadaan selamat, lancar dan terkawal, esok.

Ketua Polis Johor, Datuk AB Rahman Arsad berkata, sebanyak 64 pusat mengundi berdaftar terlibat dalam pengundian awal yang terdiri daripada 53 pusat mengundi bagi polis dan 11 pusat untuk angkatan tentera.

Bagi tujuan tersebut, katanya, seramai 3,565 petugas polis membabitkan 647 pegawai dan 2806 anggota dan 112 pegawai awam digerakkan.

“Petugas terlibat akan melaksanakan kawalan keselamatan di pusat-pusat mengundi awal, pengiring peti undi, kawalan lalu-lintas dan rondaan pencegahan jenayah.

“Selain itu, petugas juga akan melakukan penugasan di bilik Gerakan, pemantauan lokasi strategik serta penguatkuasaan undang-undang di semua kawasan terlibat,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

AB Rahman berkata, bagi PRN Johor ke-16, seramai 12,710 warga Polis Johor telah berdaftar untuk menunaikan tanggungjawab pengundian awal manakala 643 pengundi akan melaksanakan kaedah undi pos.

Jelasnya, Polis Johor akan terus mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan, pemantauan dan penguatkuasaan secara menyeluruh sepanjang proses pengundian awal serta baki tempoh PRN Johor ke-16.

“Sebarang pelanggaran undang-undang akan diambil tindakan secara tegas, adil dan berintegriti tanpa sebarang kompromi,” ujarnya.

Sehubungan itu, tambahnya, orang ramai diseru terus mematuhi undang-undang, menghormati proses demokrasi serta memberikan kerjasama sepenuhnya kepada petugas di lapangan bagi memastikan PRN Johor ke-16 berlangsung dalam suasana aman, harmoni, seamat dan teratur.

Related Posts

Demi undi Melayu, Onn Hafiz sanggup tunggang naratif tidak mahu duduk semeja dengan DAP

PASIR GUDANG – Kenyataan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz tidak mahu duduk semeja dengan DAP sebenarnya bertujuan meraih undi Melayu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Timbalan Pengerusi Pakatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anak perantau Johor diseru balik mengundi – PMX

MUAR – Pakatan Harapan (PH) menyeru anak perantau Johor untuk kembali ke negeri mereka untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi di Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16. Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

Sindiket sarang burung walit RM81.8 juta tumpas di Sarawak

Sindiket sarang burung walit RM81.8 juta tumpas di Sarawak

Polis Johor siap siaga pastikan kelancaran pengundian awal PRN Johor, esok

  • By Aden
  • July 6, 2026
Polis Johor siap siaga pastikan kelancaran pengundian awal PRN Johor, esok

Norway hantar Brazil balik hasil 2 gol Haaland