Sindiket sarang burung walit RM81.8 juta tumpas di Sarawak

KUCHING – Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) berjaya menumpaskan sindiket pemprosesan sarang burung walit haram di Sarawak dengan nilai rampasan mencecah RM81.8 juta.

Pengarahnya, CP Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kejayaan tersebut direkodkan menerusi 10 serbuan Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) bermula 1 hingga 16 Jun lalu.

Jelas beliau, operasi itu merupakan kejayaan terbesar PDRM di Sarawak yang secara langsung berjaya melumpuhkan aktiviti perdagangan sarang burung walit secara haram bagi tujuan komersial.

“Sindiket ini didapati menceroboh dan mengekstrak sarang burung secara haram terus dari kawasan gua perlindungan.

“Bagi mengaburi mata pihak berkuasa, sarang tersebut kemudiannya dibawa ke lokasi perumahan biasa tanpa status komersial untuk proses pembersihan dan pembungkusan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Briged Sarawak Pasukan Gerakan Am (PGA), pada Isnin.

Menurutnya, hasil operasi tersebut, pihaknya menahan enam suspek yang terdiri daripada lelaki dan wanita baik warga tempatan mahupun warga asing.

Tambahnya, tangkapan itu turut membabitkan pekerja warga asing yang digaji tanpa dokumen sah bagi menjalankan aktiviti haram berkenaan.

“Kesemua tangkapan diserahkan kepada Sarawak Forestry Corporation (SFC) untuk tindakan lanjut kerana beroperasi tanpa lesen sah daripada Pengawal Hidupan Liar,” tegasnya.

Related Posts

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

PUSA – Kerja pembinaan dewan serbaguna di Sekolah Kebangsaan (SK) Beladin  terpaksa dihentikan serta-merta susulan penemuan pelepasan gas misteri dari bawah tanah di tapak projek tersebut. Kejadian itu mula disedari pada jam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

IPOH – Taktik licik satu sindiket penipuan yang menyasarkan warga emas dengan menyamar sebagai petugas kebajikan akhirnya tumpas apabila tiga sekeluarga diberkas polis dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Semenyih,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

Projek pembinaan dewan di Pusa dihentikan susulan penemuan gas misteri

Sindiket sarang burung walit RM81.8 juta tumpas di Sarawak

Sindiket sarang burung walit RM81.8 juta tumpas di Sarawak

Polis Johor siap siaga pastikan kelancaran pengundian awal PRN Johor, esok

  • By Aden
  • July 6, 2026
Polis Johor siap siaga pastikan kelancaran pengundian awal PRN Johor, esok

Norway hantar Brazil balik hasil 2 gol Haaland

Norway hantar Brazil balik hasil 2 gol Haaland

Demi undi Melayu, Onn Hafiz sanggup tunggang naratif tidak mahu duduk semeja dengan DAP

Demi undi Melayu, Onn Hafiz sanggup tunggang naratif tidak mahu duduk semeja dengan DAP

Anak perantau Johor diseru balik mengundi – PMX

Anak perantau Johor diseru balik mengundi – PMX