Hanya PH, BN boleh tubuh Kerajaan Negeri Johor

KLUANG – Hanya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dijangka dapat menubuhkan kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 11 Julai ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, dua gabungan itu kedua-duanya bertanding di kesemua 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Perikatan Nasional (PN) dari Bersatu dan Pas hanya bertanding di 27 DUN.

“Pas hanya bertanding di 11 kerusi dan Bersatu pula di 16 kawasan sahaja. Pas, Bersatu bercantum pun tetap tidak boleh tubuhkan kerajaan, yang boleh tubuh adalah BN dan PH. Sekiranya PN menang dan pada masa sama mereka bergaduh sesama sendiri ia akan menjejaskan rakyat.

“Pas kata tak nak sokong Bersatu, Bersatu pula kata terpulang, ini maknanya mereka terpaksa pakai logo PN kerana waktu sudah suntuk. Mereka tidak mahu bekerjasama, bermakna mereka tidak akan membentuk kerajaan negeri bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Karnival Hari Keluarga Kita Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Zon Selatan di X Park Impiana 2 Square, Bandar Sri Impian, pada Ahad.

Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, rakyat Johor memerlukan kerajaan yang kuat untuk menangani cabaran yang wujud dan menyambung semula kerja-kerja yang dijalankan kerajaan terdahulu.

“Ini supaya rakyat melalui pilihan raya boleh mendapat kebaikan, itu matlamat demokrasi. Jangan di salah guna sehingga kita tidak mencapai matlamat pilihan raya.

“Matlamat pilihan raya adalah kita nak keadaan lebih baik, mahu pilih kerajaan lebih baik. Kena ingat keadaan yang kita hadapi hari ini sangat kompleks,” katanya.

Related Posts

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

SANDAKAN – Parti Liberal Demokratik (LDP) Sandakan menegaskan kesediaannya untuk bertanding di Parlimen Sandakan pada pilihan raya akan datang. Naib Presiden LDP merangkap Ketua Bahagian Tanjong Papat dan Elopura, Chong…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pas, PN perlu buktikan kemampuan tadbir negara, bukan sekadar retorik – Ibrahim Ali

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Datuk Paduka Dr Ibrahim Ali mempersoalkan kemampuan Pas dan Perikatan Nasional (PN) untuk mentadbir negara sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum ke-16…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak