Laluan laut jadi pilihan, lapan PATI ditahan

PASIR PUTEH – Cubaan lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) dipercayai warga Myanmar memasuki negara ini melalui laluan laut dipatahkan Maritim Malaysia dalam operasi di Kampung Pasir Pekan Hilir, Tumpat pada 24 Jun lalu.

Pengarah Maritim Kelantan, Kepten Maritim Kamal Mohamad berkata, tangkapan dilakukan kira-kira pukul 12.20 tengah malam menerusi Op Naga, Op Damai, Op Pelantar Merah dan Op Tiris yang dilaksanakan di Sungai Kelantan.

Beliau berkata, sekitar pukul 11.47 malam, aset Maritim Malaysia mengesan sebuah bot tanpa lampu bergerak laju dari Kuala Besar menuju ke Kota Bharu dalam keadaan mencurigakan.

“Bot berkenaan bagaimanapun berjaya meloloskan diri selepas berlaku aksi kejar-mengejar.

“Operasi pencarian diteruskan sehingga anggota menemukan sebuah bot sedang menurunkan penumpang di tebing Sungai Kelantan di Kampung Pasir Pekan Hilir,” katanya pada sidang media di Pejabat Maritim Tok Bali, hari ini.

Menurut beliau, sebaik menyedari kehadiran anggota penguat kuasa, bot terbabit memecut meninggalkan lokasi melalui laluan tikus.

Katanya, hasil pencarian di kawasan berhampiran menemukan lapan individu yang bersembunyi di dalam semak.

“Hasil pemeriksaan mendapati mereka terdiri daripada lima lelaki dan tiga wanita dewasa dipercayai warga Myanmar.

“Kesemua mereka gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah dan dipercayai memasuki negara ini tanpa melalui pintu masuk yang diwartakan,” katanya.

Kamal berkata, siasatan awal mendapati kumpulan itu dipercayai menjadikan Kelantan sebagai lokasi transit sebelum dibawa ke Kuala Lumpur untuk bekerja dalam sektor perkilangan.

Beliau berkata, berdasarkan modus operandi sebelum ini, setiap PATI dipercayai membayar kira-kira RM6,000 kepada ejen penyeludupan bagi memasuki negara ini.

Kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan kesemua PATI dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Kelantan bagi proses dokumentasi sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut.

Foto: Berita RTM

Related Posts

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

ALOR SETAR – Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) telah menyelesaikan sepenuhnya pembekalan 8,275 tan metrik baja urea bagi kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), lebih awal daripada tempoh ditetapkan. NAFAS memaklumkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

BALING – Taktik sindiket penyelewengan gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang memilih lokasi terpencil di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, di sini gagal apabila kegiatan itu terbongkar pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Pembekalan baja kepada MADA dilaksana ikut jadual – NAFAS

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Sindiket seleweng LPG dalam ladang kelapa sawit tumpas

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

Hospital Bukit Mertajam tersenarai 250 terbaik dunia – PM

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

RM958 juta lesap akibat penipuan dalam talian setakat Jun – Fahmi

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Kestabilan politik perlu dipelihara demi keyakinan pelabur – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar

Pertahanan negara perlukan tambahan peruntukan hingga berbilion ringgit – Anwar