Anwar umum sebulan tambang percuma LRT3 Shah Alam, operasi bermula esok

KLANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan perkhidmatan percuma Laluan Rel Transit Ringan 3 (LRT3) Shah Alam selama sebulan bermula jam 6 pagi esok.

Pengumuman itu dibuat ketika beliau merasmikan pembukaan LRT3 Laluan Shah Alam di Depoh Johan Setia, di sini, hari ini.

Menurut Anwar, kerajaan bersetuju memberikan tambang percuma bagi perkhidmatan LRT3 Laluan Shah Alam termasuk bas perantara bermula 29 Jun hingga 31 Julai sebagai penghargaan kepada rakyat serta menggalakkan penggunaan pengangkutan awam.

“Untuk tempoh 29 Jun hingga 31 Julai, tambang perkhidmatan Laluan Shah Alam termasuk bas perantara akan diberikan secara percuma selama sebulan,” katanya.

LRT3 Laluan Shah Alam yang menghubungkan Bandar Utama ke Johan Setia sepanjang 37.8 kilometer kini siap sepenuhnya dan bersedia beroperasi.

Projek bernilai RM16.63 bilion itu merupakan antara pelaburan strategik kerajaan bagi memperkukuh sistem pengangkutan awam negara serta meningkatkan kesalinghubungan di Lembah Klang.

Laluan berkenaan mempunyai 20 stesen yang menghubungkan Johan Setia hingga Bandar Utama dan dijangka memberi manfaat kepada kira-kira dua juta penduduk yang tinggal serta bekerja di sepanjang jajaran tersebut.

Pembukaan LRT3 dijangka dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas, memendekkan masa perjalanan dan menyediakan alternatif pengangkutan awam yang lebih cekap kepada penduduk di Shah Alam, Klang dan kawasan sekitarnya.

Related Posts

Pengamal media bantu polis tingkat kesedaran cegah jenayah

KANGAR – Peranan media bukan sekadar melaporkan kejadian jenayah malah menjadi medium penting membantu polis memberi kesedaran mengenai keselamatan kepada masyarakat. Bekas Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPM bincang pelaksanaan polisi perlindungan murid bersama pemegang taruh

KETUA Pengarah Pendidikan dan Penasihat Undang-Undang Kementerian Pendidikan (KPM) sudah diminta mengadakan sesi khas bersama pemegang taruh berhubung pelaksanaan Polisi Perlindungan Murid Sekolah. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pendekatan tersebut…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP