TANGKAK – Dua ahli Parlimen antara 56 calon Pakatan Harapan (PH) yang bakal bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan berlangsung pada Julai depan.
Kedua-dua mereka adalah Ahli Parlimen Kulai Suhaizan Kayat yang dicalonkan untuk kerusi DUN Larkin manakala Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar, di DUN Senggarang.
Perkara tersebut diumumkan oleh Pengerusi PH yang juga Perdana Menteri, Anwar Ibrahim di Padang Extreme Bukit Gambir, di sini malam tadi.
Beberapa nama lain yang diumumkan termasuk bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang dicalonkan di DUN Puteri Wangsa.
Selain itu, dua bekas Exco Johor ketika PH menjadi kerajaan iaitu Mohd Khuzzan Abu Bakar (Semerah) dan Dzulkefly Ahmad (Kota Iskandar) dicalonkan semula di kerusi terbabit.
Turut disenaraikan ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Faezuddin Puad (Kempas) dan Ketua Penerangan PKR Johor, Mohd Fakharuddin Moslim bertanding di Pasir Raja.
Beberapa lagi muka baharu antaranya Noraziah Yazid di Buloh Kasap; Jalex Lee En Xiang (Pemanis); Tay Yok Jiun (Bekok); Mohd Nor Mohd Yusof (Gambir); Mohd Afif Abd Hamid (Kemelah); Ayna Soraya Badaruddin (Sungai Balang).
Selain itu, Hisyamuddin (Sri Medan); Yong Hu Yi (Yong Peng); Ramli Hamid (Semarang); Ezam Md Taslim (Parit Yaani); Shazwan Dzainal Abidin (Parit Raja) dan Felicia poh Rui Ling (Penggaram).
Calon bertukar DUN pula ialah Elia Nadira Sabudin DUN dari Bukit Pasir ke Tenang manakala Muhammad Taqiuddin Che Man dari Mahkota ke Maharani.
Bagi penyandang, mereka ialah Ee Chin Lin di DUN Tangkak; Ng Yak Howe (Bentayan) dan Ir Nazri Abdul Rahman di Simpang Jeram.
Lain-lain calon diumumkan Anwar antaranya Danish Hossman Abd Rahman (Johor Lama); Mohd Sawaludin Salleh (Penawar); Faizul Abdul Ghani (Tanjung Surat); Nor Zulaila Abd Ghani (Tiram); Lee Wern Yiing (Johor Jaya) dan Teo Siew Hui (Permas).






