TMJ anggap saya sahabat, jangan lagi tunggang institusi diraja – Anwar

TANGKAK – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan agar tiada mana-mana pihak menggunakan institusi diraja sebagai alat politik untuk menentang pihak lawan mereka.

Sebaliknya, beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata, pihaknya mempunyai hubungan baik dengan institusi diraja negara ini, termasuk dengan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Menurut beliau, dalam sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, setiap pihak perlu memahami batas peranan masing-masing dan mengelakkan sebarang tindakan yang boleh menimbulkan salah faham politik.

“Tadi saya menghadap Tunku Mahkota Ismail, kerana hubungan kita dengan raja-raja Melayu harus kekal baik. Baginda panggil saya sahabat, saya terima 10 kali ganda baginda sebagai sahabat.

“Ini sendiri sudah menjawab kempen-kempen politik kotor yang dimainkan segelintir pihak. Ini tidak, hendak lawan politik tak berani tetapi gunakan nama raja.

“Yang bertanding kita, parti-parti politik, jangan kaitkan dengan raja-raja. Kalau ditegur kita terima dengan baik, kita runding baik-baik, ada yang setuju ada tidak setuju tetapi nasihat diberikan kita terima,” katanya berucap pada Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Bukit Gambir, pada Isnin.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Presiden PKR menyatakan rasa terharu dan menghargai keterbukaan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail yang menyifatkan beliau sebagai seorang sahabat.

“Saya terima baik kerana Pemangku Sultan Johor sebut PMX, Anwar Ibrahim ini sahabat saya. Apa lah saya ini, anak kampung Cerok Tok Kun… tapi seorang Pemangku Raja anggap saya sebagai sahabat,” katanya.

Mengulas lanjut, Anwar turut menceritakan pertemuan dengan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail yang menurutnya berlangsung dalam suasana harmoni dan penuh rasa hormat, menggambarkan hubungan baik antara kedua-dua pihak.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, pihaknya telah menerangkan kepada Tunku Mahkota Ismail berhubung inisiatif diambil kerajaan Persekutuan untuk membantu pembangunan di Johor, termasuk melibatkan peruntukan yang diberi.

“Saya terangkan kepada baginda peranan PH, bahawa kerjasama antara orang Melayu, Cina, India dan Orang Asli adalah penting. Saya hargai titah pandangan baginda dan kita terima dengan baik.

“Tetapi jika soal projek sangkut sebelum 2018 dan selepas itu, jangan tanya Anwar Ibrahim, jangan tanya PH, sebaliknya tanyalah kerajaan dan pimpinan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN),” katanya.

Tambahnya, di bawah sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan, perbezaan pandangan adalah perkara biasa dan beliau sebagai Perdana Menteri sentiasa bersedia untuk menghadap, mendengar nasihat, serta memberikan penjelasan balas secara berhemah.

“Kalau baginda tegur pun, kita terima baik. Kalau runding, kita runding dengan baik dan kita menghadap dan jelaskan. Itu pendirian saya selama ini. 

“Ruang untuk bersetuju mahupun berbeza pandangan sentiasa diraikan mengikut sempadan perlembagaan yang jelas, dan mengingatkan semua parti yang bertanding agar bersaing secara sihat tanpa mengheret institusi beraja ke dalam kancah kempen politik,” katanya.

Related Posts

Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

KOTA KINABALU – Tabung Kasih @ HAWANA telah menyalurkan bantuan berjumlah RM2.54 juta kepada 864 pengamal media dan veteran wartawan di seluruh negara sejak diwujudkan pada 2023, termasuk 37 penerima…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

KOTA KINABALU – Pempengaruh dan pencipta kandungan media sosial disaran meneliti draf garis panduan yang dibangunkan Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia (Content Forum) bagi memahami amalan serta tanggungjawab dalam menghasilkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Tabung Kasih @ HAWANA salur RM2.54 juta kepada 864 pengamal media, 37 dari Sabah

Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

  • By Ithma
  • October 11, 2026
Pempengaruh perlu teliti garis panduan Content Forum – Nie Ching

Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peka kesihatan payudara, jalani pemeriksaan awal – Rina

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Keselamatan kanak-kanak tanggungjawab bersama, bukan sekolah semata-mata

Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Belanjawan 2027: Kesungguhan Kerajaan MADANI pastikan pembangunan dilaksana

Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak

  • By Fatin
  • October 11, 2026
Peruntukan RM47.7 bilion: KKM diharap penuhi keperluan kesihatan Sabah, Sarawak