PN terima Wawasan, Pejuang sebagai komponen baharu, status Bersatu tidak dibincang

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mengumumkan kemasukan Parti Wawasan Negara (Wawasan) dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) sebagai parti komponen baharu gabungan itu selepas keputusan dicapai dalam mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi PN malam tadi.

Pengerusi PN, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, keputusan tersebut dipersetujui sebulat suara dalam mesyuarat yang dihadiri pemimpin Pas, Bersatu, Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP).

“Mesyuarat bersetuju meluluskan permohonan dua parti untuk menjadi parti anggota PN yang baharu,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat yang berlangsung kira-kira dua jam di Ibu Pejabat Pas.

Wawasan merupakan penjenamaan semula Parti Cinta Malaysia yang sebelum ini diluluskan permohonannya untuk menyertai PN. Parti itu kini diterajui bekas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin bersama penyokongnya.

Sementara itu, Pejuang yang diasaskan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selepas keluar daripada Bersatu, kini dipimpin oleh anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Dalam pada itu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan kedudukan partinya dalam PN tidak dibincangkan dalam mesyuarat berkenaan walaupun hubungan antara Pas dan Bersatu dilaporkan berdepan kemelut.

Related Posts

Amirudin teliti kerjasama PH-BN hadapi PRN Melaka – Anwar

SERDANG – Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Amirudin Shari diberi amanah untuk meneliti kemungkinan kerjasama antara PH dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tongkat Hadi laku RM16,500, masyarakat bimbang ketaksuban ahli Pas memuncak

PENJUALAN tongkat kayu kemuning milik Tan Sri Abdul Hadi Awang pada harga RM16,500 malam tadi mencetuskan kegusaran rakyat terhadap gejala taksub melampau kepada pemimpin Pas. Rata-rata risau budaya kultus pemimpin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

Amirudin seru semarak Maulidur Rasul dengan kasih sayang, ukhuwah

Amirudin seru semarak Maulidur Rasul dengan kasih sayang, ukhuwah

Muhasabah, akhlak baik kunci umat Islam tampil sebagai teladan – PM

Muhasabah, akhlak baik kunci umat Islam tampil sebagai teladan – PM

Polis nafi dakwaan kes culik wanita di Karak

Polis nafi dakwaan kes culik wanita di Karak

68 rumah terima bantuan awal, rosak akibat kejadian ribut

68 rumah terima bantuan awal, rosak akibat kejadian ribut

Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM

Cadangan audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet – PM