Reformasi pendakwaan negara diperkemas melalui tujuh cadangan baharu – Azalina

KUALA LUMPUR – Usaha mengasingkan fungsi Peguam Negara dan Pendakwa Raya memasuki fasa baharu apabila Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat mengemukakan tujuh cadangan penambahbaikan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 2026.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, cadangan yang dikemukakan bertujuan memperkukuh kebebasan institusi pendakwaan serta memastikan mekanisme semak dan imbang yang lebih berkesan.

Beliau berkata, antara cadangan utama ialah pelantikan Pendakwa Raya oleh Yang di-Pertuan Agong berdasarkan nasihat Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan (SPKP), tanpa melibatkan Perdana Menteri atau Jemaah Menteri.

Menurutnya, proses pelantikan turut dicadangkan menjadi lebih terbuka menerusi penglibatan Parlimen, dengan nama calon yang dicadangkan dimaklumkan kepada Dewan Rakyat bagi membolehkan pandangan dikemukakan kepada SPKP.

“Syor ketiga, tempoh jawatan tetap selama tujuh tahun tanpa pembaharuan atau pelantikan semula bagi mengukuhkan kebebasan institusi.

“Seterusnya, kewajipan untuk Pendakwa Raya mengemukakan laporan tahunan yang akan dibentangkan di Parlimen bagi meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti institusi.

“Syor lain ialah penempatan kod etika khusus bagi Pendakwa Raya, di mana pelanggaran kod itu boleh menjadi satu daripada alasan untuk penyingkiran daripada jawatan.

“Peruntukan membolehkan Parlimen menggubal undang-undang lanjut berkaitan pelantikan, penyingkiran dan tanggungjawab pelapor Pendakwa Raya bagi memastikan reformasi ini dapat terus diperkukuh dari masa ke masa.

“Penegasan bahawa pelantikan Pendakwa Raya hendaklah dibuat hanya daripada calon yang disyorkan SPKP bagi memastikan proses pelantikan kekal berasaskan institusi dan bebas daripada pengaruh eksekutif,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

RUU berkenaan sebelum ini dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat pada Mac lalu bagi membolehkan penelitian lebih terperinci dilakukan terhadap aspek perundangan, pentadbiran dan pelaksanaannya.

Azalina berkata, sepanjang tempoh penelitian itu, jawatankuasa berkenaan telah mengadakan tujuh mesyuarat serta mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak termasuk pakar undang-undang, ahli akademik, pertubuhan masyarakat sivil dan badan profesional.

“Jawatankuasa juga mendapatkan maklum balas daripada pelbagai pihak berkepentingan, termasuk badan bukan kerajaan (NGO), profesional, ahli akademik, pakar perundangan dan organisasi masyarakat sivil.

“Pendekatan ini membolehkan jawatankuasa meneliti cadangan itu dari pelbagai sudut, termasuk implikasi perlembagaan, operasi, pentadbiran, sumber manusia, kewangan dan pengalaman negara lain yang melaksanakan model serupa,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan akan mengadakan pertemuan dengan Ahli Parlimen pembangkang bagi menjelaskan pindaan yang dicadangkan dan mendapatkan sokongan rentas parti untuk meluluskan RUU berkenaan.

Beliau berkata, proses tersebut penting kerana pindaan Perlembagaan memerlukan sokongan majoriti dua pertiga Ahli Dewan Rakyat.

“Saya perlu membacakan pindaan dan mendapatkan sokongan majoriti mudah terlebih dahulu. Kemudian, baru kita akan meneruskan dengan pindaan Perlembagaan melalui bacaan kali kedua, yang memerlukan sokongan dua pertiga dan mendapatkan lagi sokongan dua pertiga pada bacaan kali ketiga.

“Saya masih belum pasti (garis masanya). Kami sedang berunding dengan pihak pembangkang dan saya harap mereka akan memberikan jumlah sokongan yang diperlukan kerana saya percaya jawatankuasa khas itu bekerja keras untuk mencapai satu kompromi.

“Mereka (pembangkang) juga diwakili dalam jawatankuasa khas berkenaan, bukan hanya penyokong kerajaan di blok belakang saja,” katanya.

Related Posts

Akta Jenayah Komputer 1997 akan dimansuh, RUU Jenayah Siber 2026 dibentang demi pemerkasaan keselamatan siber

PUTRAJAYA – Akta Jenayah Komputer 1997 bakal dimansuhkan menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Siber 2026 yang dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, pada Isnin. Timbalan Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Trak pikap boleh buka selimut’, pemilik syukur dan berterima kasih PMX turunkan harga diesel

KEPUTUSAN kerajaan menurunkan harga diesel bersubsidi kepada RM2.10 seliter bermula Julai depan mengundang pelbagai reaksi positif di kalangan pengguna media sosial, khususnya pemilik kenderaan trak pikap yang melihat langkah itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Inspire i-Talent cungkil bakat 38 atlet sukan OKU di Mukah

Inspire i-Talent cungkil bakat 38 atlet sukan OKU di Mukah

Zumba Aerodance perkukuh semangat kebersamaan dan kebajikan

Zumba Aerodance perkukuh semangat kebersamaan dan kebajikan

Wanita ditangkap jual beras seludup

Wanita ditangkap jual beras seludup

Akta Jenayah Komputer 1997 akan dimansuh, RUU Jenayah Siber 2026 dibentang demi pemerkasaan keselamatan siber

Akta Jenayah Komputer 1997 akan dimansuh, RUU Jenayah Siber 2026 dibentang demi pemerkasaan keselamatan siber

DBP laksana Rancangan Strategik 2026-2030 pandu korpus AI Bahasa Melayu

DBP laksana Rancangan Strategik 2026-2030 pandu korpus AI Bahasa Melayu

DBP perhebat usaha dokumentasi kosa kata 27 etnik Sarawak

DBP perhebat usaha dokumentasi kosa kata 27 etnik Sarawak