BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

KOTA KINABALU – Program Pencarian Bakat Belia MADANI Sabah (BABSAR) 2026 menjadi platform penting untuk mencungkil dan menggilap bakat seni generasi muda di Borneo.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Ir. Ts. Mustapha Sakmud berkata, program julung kali diadakan di negeri ini itu merupakan penganjuran kedua selepas diadakan di Sarawak.

“Belia di Borneo mempunyai bakat dan potensi besar, namun masih memerlukan platform serta peluang bersesuaian untuk mengembangkan kebolehan mereka.

“Jangan terhenti di sini. Kita harapkan bakat-bakat ini dapat diketengahkan ke peringkat lebih tinggi, mungkin melalui pertandingan Borneo Rising atau program-program lain,” katanya kepada media selepas merasmikan BABSAR 2026, di sini, pada Sabtu.


Menurut Mustapha, usaha menggilap bakat belia tidak seharusnya terhad kepada latihan dalam bidang nyanyian, lakonan dan tarian.

Katanya, program itu juga perlu memberi penekanan terhadap pembentukan jati diri, sahsiah serta semangat kebersamaan dalam kalangan peserta.

“Program seumpama itu juga berperanan membina hubungan antara golongan muda, selain memupuk nilai kewarganegaraan yang baik bagi membantu memelihara keharmonian dan kestabilan negeri serta negara.

“Pendedahan kepada sejarah negeri dan negara serta pembentukan jiwa merdeka juga penting dalam melahirkan generasi muda yang bukan sahaja berbakat, malah mempunyai kesedaran terhadap tanggungjawab mereka sebagai warganegara,” jelasnya.

Justeru, Mustapha berharap program BABSAR 2026 dapat diteruskan sebagai platform pembangunan bakat belia di Borneo.

Program itu disertai 60 peserta tempatan dari seluruh Sabah yang menyerlahkan potensi masing-masing dalam bidang seni dan hiburan.

Related Posts

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

DARO – Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Cawangan Daro menyantuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi 2026 dengan kerjasama 16 institusi bagi memperkukuh kebajikan golongan memerlukan di daerah ini. Program…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

KOTA BELUD – Setiap daerah di Sabah perlu membangunkan produk dan pengalaman pelancongan identiti tersendiri bagi menghadapi Tahun Melawat Sabah 2027, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor. Katanya, setiap…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24