Maritim Malaysia pintas bot PATI, 28 ditahan

KANGAR – Cubaan membawa masuk sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) gagal selepas bot gentian kaca yang dinaiki mereka terkandas ketika air surut di perairan Pantai Kurung Tengar, Kuala Perlis pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, seramai 28 individu termasuk seorang tekong warga Thailand dan dua awak-awak bot diberkas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selepas cuba melarikan diri ke daratan.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Kapten Maritim Zainudin Mohd Zuki berkata, bot Benteng 1207 yang menjalankan operasi berdasarkan maklumat risikan berterusan mengesan sebuah bot bergerak laju dalam keadaan mencurigakan di kawasan pesisir pantai Perlis.

“Bot suspek kemudian terkandas di kawasan perairan cetek kira-kira 0.7 batu nautika dari Pantai Kurung Tengar ketika air surut.

“Semasa dihampiri, kesemua individu di dalam bot bertindak terjun ke dalam lumpur separas paha dan cuba melarikan diri ke pantai sebelum kesemuanya berjaya ditahan pasukan serbuan darat,” katanya.

Menurut Zainudin, kesemua 28 individu yang diberkas berusia antara 14 hingga 42 tahun terdiri daripada 21 warga Bangladesh, empat warga Myanmar, dua warga Thailand dan seorang warga tempatan.

Katanya, seorang daripada warga Thailand itu merupakan tekong bot berusia lingkungan 30-an, manakala seorang lagi bertindak sebagai awak-awak bersama seorang lelaki tempatan.

“Nilai rampasan bot gentian kaca bersama enjin dianggarkan RM150,000.

“Maritim Malaysia tidak menolak kemungkinan kegiatan itu didalangi sindiket penyeludupan migran terancang yang menggunakan laluan pesisir pantai Perlis untuk membawa masuk warga asing secara haram,” katanya.

Beliau berkata, penahanan tekong berkenaan diharap dapat membantu pihak berkuasa membongkar rangkaian sindiket terbabit selain mengenal pasti individu lain yang terlibat.

Katanya, pihaknya turut menyiasat lokasi asal perjalanan bot itu termasuk kemungkinan ia memasuki perairan negara melalui sempadan Thailand.

Siasatan juga sedang dijalankan bagi mengenal pasti kemungkinan wujudnya pembayaran kepada sindiket selain faktor permintaan dalam kalangan warga Bangladesh yang menggunakan laluan penyeludupan tersebut.

Zainudin berkata, kejadian itu merupakan kes kedua penyeludupan migran dikesan di perairan Perlis sepanjang tahun ini selepas kes terdahulu melibatkan lapan individu.

Kesemua individu yang ditahan bersama bot dan barang rampasan dibawa ke jeti tahanan bagi siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63 serta Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

Related Posts

Warga asing maut motosikal rempuh kenderaan buat pusingan U

TAWAU – Seorang lelaki warga asing maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kenderaan dalam kejadian di Batu 3 1/2 Jalan Apas, di sini, tengah hari Jumaat. Ketua Polis Daerah Tawau,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ustaz Husam diperintah bela diri kes gelaran tidak diiktiraf

KANGAR – Pendakwah, Ahmad Husam Muhamad Baderudin atau lebih dikenali sebagai Ustaz Husam diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima gelaran dan kehormatan tidak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan sokong usaha perkukuh pemikiran Islam, tadbir urus negara

Kerajaan sokong usaha perkukuh pemikiran Islam, tadbir urus negara

Warga asing maut motosikal rempuh kenderaan buat pusingan U

  • By Fatin
  • October 16, 2026
Warga asing maut motosikal rempuh kenderaan buat pusingan U

Ustaz Husam diperintah bela diri kes gelaran tidak diiktiraf

Ustaz Husam diperintah bela diri kes gelaran tidak diiktiraf

Pelajar UM nafi soalan ‘scripted’, tegaskan fokus isu rasuah dan feudalisme

Pelajar UM nafi soalan ‘scripted’, tegaskan fokus isu rasuah dan feudalisme

Maritim Malaysia pintas bot PATI, 28 ditahan

Maritim Malaysia pintas bot PATI, 28 ditahan

“I don’t want to see you,” Tuanku Muhriz murka terhadap Ismail Lasim

“I don’t want to see you,” Tuanku Muhriz murka terhadap Ismail Lasim