Warga Filipina ditahan, simpan 10 tenggiling hidup dan sisik tenggiling

KINABATANGAN – Seorang lelaki warga Filipina ditahan selepas dipercayai memiliki 10 ekor tenggiling hidup serta beberapa bahagian hidupan liar yang dilindungi dalam satu operasi di sebuah ladang di Kampung (Kg) Paris 3, di sini, pada Jumaat.

Lelaki berusia 27 tahun itu ditahan menerusi Operasi Bersepadu Khazanah yang dijalankan oleh Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 15 di pintu masuk Tye Yang Plantation kira-kira jam 8.30 malam.

Pengarah JHL Sabah, Mohd Soffian Abu Bakar berkata, pemeriksaan ke atas suspek menemukan 10 ekor tenggiling hidup, dua bungkusan plastik yang mengandungi sisik tenggiling dianggarkan seberat sembilan kilogram serta satu batang yang disyaki gading gajah.

Menurutnya, lelaki terbabit ditahan kerana disyaki memiliki secara haram hidupan liar dan bahagian hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya.

“Kesemua hidupan liar dan bahagian hidupan liar tersebut telah dirampas dan suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997.

“JHL Sabah akan terus memperkukuh kerjasama strategik bersama agensi penguatkuasaan lain bagi membanteras aktiviti pemburuan dan penyeludupan hidupan liar yang mengancam khazanah biodiversiti di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Sabtu.

Beliau turut menggesa orang ramai supaya segera menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan sebarang kesalahan berkaitan hidupan liar.

Related Posts

Sabah National Tabletop Con 2.0 kembali lebih besar, meriah

KOTA KINABALU – Komuniti permainan papan (Tabletop) Asia Tenggara berhimpun di sini sempena Sabah National Tabletop Con 2.0 bertempat di Sabah Art Gallery. Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Parlimen Sepanggar selaras tindakan susulan isu jalan kampung rosak

SEPANGGAR – Parlimen Sepanggar akan menyelaras tindakan susulan bersama agensi berkaitan bagi memastikan kerja pembaikan beberapa jalan kampung yang rosak di kawasan itu dapat dilaksanakan. Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk TS…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerjasama Malaysia-Rusia jamin bekalan tenaga negara untuk tempoh 20 tahun – PM

Kerjasama Malaysia-Rusia jamin bekalan tenaga negara untuk tempoh 20 tahun – PM

Petronas diberi tanggungjawab urus telaga gas terbesar Turkmenistan – PM

Petronas diberi tanggungjawab urus telaga gas terbesar Turkmenistan – PM

Ekonomi negara beralih ke arah teknologi tinggi dan AI – PM