Warga Filipina ditahan, simpan 10 tenggiling hidup dan sisik tenggiling

KINABATANGAN – Seorang lelaki warga Filipina ditahan selepas dipercayai memiliki 10 ekor tenggiling hidup serta beberapa bahagian hidupan liar yang dilindungi dalam satu operasi di sebuah ladang di Kampung (Kg) Paris 3, di sini, pada Jumaat.

Lelaki berusia 27 tahun itu ditahan menerusi Operasi Bersepadu Khazanah yang dijalankan oleh Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 15 di pintu masuk Tye Yang Plantation kira-kira jam 8.30 malam.

Pengarah JHL Sabah, Mohd Soffian Abu Bakar berkata, pemeriksaan ke atas suspek menemukan 10 ekor tenggiling hidup, dua bungkusan plastik yang mengandungi sisik tenggiling dianggarkan seberat sembilan kilogram serta satu batang yang disyaki gading gajah.

Menurutnya, lelaki terbabit ditahan kerana disyaki memiliki secara haram hidupan liar dan bahagian hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya.

“Kesemua hidupan liar dan bahagian hidupan liar tersebut telah dirampas dan suspek ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997.

“JHL Sabah akan terus memperkukuh kerjasama strategik bersama agensi penguatkuasaan lain bagi membanteras aktiviti pemburuan dan penyeludupan hidupan liar yang mengancam khazanah biodiversiti di Sabah,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Sabtu.

Beliau turut menggesa orang ramai supaya segera menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya mengesan sebarang kesalahan berkaitan hidupan liar.

Related Posts

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KOTA KINABALU – Gerakan koperasi di Sabah disaran lebih berani memanfaatkan potensi besar sektor pelancongan sebagai sumber pertumbuhan ekonomi baharu melalui pembangunan produk, perkhidmatan dan jaringan perniagaan yang lebih kompetitif.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

KUANTAN – Semua rakyat negeri ini diseru mengambil peluang menyertai Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Struktur Negeri Pahang 2040 (Kajian Semula) bagi memastikan setiap perancangan pembangunan yang dirangka…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Nurul Izzah undur jawatan Timbalan Presiden PKR

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Ismail Sabri didakwa esok berkait kes pengisytiharan harta

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

Koperasi Sabah perlu berani teroka industri pelancongan – SKM

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

KLFW 2026 pemangkin produk tempatan ke pentas dunia

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Rakyat Pahang perlu ambil peluang sertai program publisiti draf Rancangan Struktur negeri

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh

Polis klasifikasikan penemuan tulang sebagai kes bunuh