Ekonomi negara beralih ke arah teknologi tinggi dan AI – PM

KUALA LUMPUR – Malaysia sedang mempercepat peralihan ke arah ekonomi berasaskan teknologi tinggi dengan memberi tumpuan kepada sektor semikonduktor, inovasi dan kecerdasan buatan (AI), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, dalam usaha memperkukuh kedudukan negara sebagai hab ekonomi berteknologi tinggi, Kerajaan MADANI akan terus memastikan setiap inisiatif pembangunan dilaksanakan secara inklusif dan memberi manfaat menyeluruh kepada rakyat.

“Malaysia sedang melangkah ke fasa baharu ekonomi berteraskan teknologi tinggi, semikonduktor, inovasi dan AI.

“Namun, sebesar atau secanggih mana pun kepesatan teknologi, tumpuan kita tetap kepada manusia bagi melahirkan generasi yang tidak hanya memiliki kemahiran dan kepakaran, tetapi juga nilai, ihsan serta tanggungjawab untuk membina masyarakat yang berukun dan berdaya tahan,” katanya dalam hantaran melalui di Facebook.

Anwar berkata, pembangunan yang berkualiti tidak hanya diukur berdasarkan peningkatan pelaburan atau kadar pertumbuhan ekonomi, sebaliknya perlu memastikan manfaat kemajuan dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.

Menurut beliau, pembangunan Setia Fontaines Industrial Park di Kepala Batas, Pulau Pinang, berpotensi merangsang pertumbuhan ekonomi setempat menerusi penyediaan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, peluasan akses latihan serta pembangunan yang lebih seimbang.

Beliau berkata, projek itu turut membuka ruang kepada kawasan yang sebelum ini kurang menerima limpahan pembangunan untuk menikmati manfaat pertumbuhan ekonomi.

Sementara itu, SP Setia Berhad memulakan pembangunan Setia Fontaines Industrial Park di Bertam, Pulau Pinang.

Taman perindustrian seluas kira-kira 206 hektar itu merupakan sebahagian daripada pembangunan Setia Fontaines yang merangkumi kawasan seluas kira-kira 684.3 hektar.

Projek berkenaan menawarkan lot perindustrian ringan, sederhana dan komersial yang disasarkan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta syarikat multinasional.

Related Posts

AMK tolak gesaan bubar Parlimen, dakwa Kerajaan MADANI masih stabil

ANGKATAN Muda Keadilan (AMK) menolak gesaan supaya Parlimen dibubarkan susulan tawaran peletakan jawatan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, dengan menegaskan kestabilan kerajaan bergantung kepada mandat dan kepercayaan majoriti Dewan Rakyat. Naib…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

GOPENG – Program MADANI Kita (PMK) 2026 bukan sekadar platform menyampaikan dasar dan maklumat kerajaan, sebaliknya menjadi medan memperkukuh komunikasi dua hala dengan memberi ruang kepada rakyat menyuarakan pandangan, mengemukakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

AMK tolak gesaan bubar Parlimen, dakwa Kerajaan MADANI masih stabil

AMK tolak gesaan bubar Parlimen, dakwa Kerajaan MADANI masih stabil

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

PMK perkukuh komunikasi dua hala kerajaan dan rakyat

Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM

Kerajaan lihat, dengar dan bertindak menerusi PMK – KP JKOM

PMK Batu Maung@Bayan Baru catat kehadiran tertinggi pengunjung

PMK Batu Maung@Bayan Baru catat kehadiran tertinggi pengunjung

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

MBSJ kutip 426 bangkai tikus selepas operasi racun

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi

PH terbuka penjajaran politik baharu, setiap negeri ada dinamik tersendiri – Fahmi