Letupan luar jangka tutup Jalan Kota Bharu-Gua Musang, laluan dibuka semula hari ini

KUALA KRAI – Jalan Persekutuan Kota Bharu-Gua Musang di kawasan Bukit Akil yang ditutup susulan aktiviti letupan terkawal bagi projek pembinaan Jalan Lingkaran Tengah Utama (LTU) dijangka dibuka semula kepada pengguna pada jam 6 pagi hari ini.

Penutupan laluan itu berlaku selepas sisa batu dan tanah daripada aktiviti letupan terbabit jatuh di kedua-dua arah jalan sehingga menyebabkan semua kenderaan tidak dapat melalui kawasan berkenaan.

Pengarah JKR Kelantan, Nik Badlihisham Nik Ismail berkata, kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan bagi memastikan laluan dapat dibuka semula dengan selamat kepada pengguna.

Beliau berkata, aktiviti letupan yang dijalankan pada jam 4.05 petang semalam berada di bawah kawalan polis, namun hasil letupan kali ini adalah luar biasa dan di luar jangkaan.

“Sepatutnya kaedah letupan terkawal dapat dilaksanakan dengan kesan yang minimum,” katanya.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan laluan alternatif melalui Kampung Peria, Mengkebang dan Batu Balai untuk ke Kota Bharu sehingga kerja-kerja pembersihan selesai sepenuhnya.

Terdahulu, tular di media sosial gambar dan video yang memaparkan timbunan batu besar menutup laluan di Bukit Akil sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas yang panjang.

Kejadian itu mencetuskan kebimbangan pengguna jalan raya yang melalui laluan utama Kota Bharu-Gua Musang, terutama mereka yang terkandas akibat penutupan jalan berkenaan.

Foto: Harian Metro

Related Posts

Pekerja warga Indonesia dikhuatiri lemas terjatuh tongkang di Sungai Igan

MUKAH – Seorang pekerja warganegara Indonesia dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari sebuah tongkang ke dalam sungai berhampiran kawasan pembinaan Jambatan Igan pada petang Sabtu. Mangsa yang dikenali sebagai Saiful…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Belia Mukah dipersiapkan sebagai pelapis kepimpinan masa depan

MUKAH – Pembangunan mampan Sarawak tidak seharusnya bergantung kepada kemajuan infrastruktur fizikal semata-mata, sebaliknya menuntut kepada pemerkasaan generasi muda yang berilmu, berdisiplin dan berani memimpin. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Carrick berdepan tekanan, United hanya seri lawan Fulham

Carrick berdepan tekanan, United hanya seri lawan Fulham

Pekerja warga Indonesia dikhuatiri lemas terjatuh tongkang di Sungai Igan

Pekerja warga Indonesia dikhuatiri lemas terjatuh tongkang di Sungai Igan

Belia Mukah dipersiapkan sebagai pelapis kepimpinan masa depan

Belia Mukah dipersiapkan sebagai pelapis kepimpinan masa depan

City rampas puncak liga, tewaskan Sunderland 5-3

City rampas puncak liga, tewaskan Sunderland 5-3

Tuanku Muhriz tarik balik perkenan, batal semua pelantikan Exco

Tuanku Muhriz tarik balik perkenan, batal semua pelantikan Exco

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027

Cadangan akar umbi belia Sabah jadi input Belanjawan Belia MADANI 2027