Reaksi bercampur di Terengganu susulan keputusan tamat kerjasama Bersatu-Pas

HULU TERENGGANU — Keputusan Pas untuk menamatkan kerjasama politik dengan Bersatu terus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat di Terengganu, khususnya di kawasan Hulu Terengganu, dengan sebahagian melihat langkah itu mampu mengubah landskap politik negara menjelang pilihan raya akan datang.

Tinjauan The Malaysia Press mendapati masyarakat setempat mempunyai pandangan yang berbeza mengenai keputusan tersebut. Ada yang menyifatkannya sebagai langkah strategik bagi memperkukuh kedudukan Pas manakala sebahagian lagi berpandangan tindakan itu boleh menjejaskan imej parti dan menyukarkan usaha membina kerjasama politik pada masa hadapan.

Seorang penduduk DUN Kuala Berang, Rosmalina Othman, 43, berpendapat keputusan berpisah dengan Bersatu berpotensi menyebabkan Pas berdepan kesukaran untuk mendapatkan rakan politik baharu pada masa akan datang.

Beliau berpandangan tindakan tersebut boleh mewujudkan persepsi bahawa Pas sukar mengekalkan hubungan kerjasama jangka panjang dengan parti-parti lain.

Pandangan hampir sama disuarakan oleh Yazid Musa, 57, dari DUN Ajil yang melihat perkembangan itu sebagai sesuatu yang boleh memberi kesan terhadap kedudukan politik gabungan pembangkang pada masa depan.

Sementara itu, Suziani Daud, 48, dari DUN Telemong beranggapan keputusan berkenaan memberi gambaran bahawa Pas kembali kepada pendekatan politik yang lebih tertutup dan kurang terbuka terhadap pandangan serta kerjasama dengan pihak lain.

Namun begitu, tidak semua masyarakat berpandangan negatif terhadap keputusan tersebut.

Bagi Samad Abdul Rahman, 67, dari DUN Manir, langkah Pas menamatkan kerjasama dengan Bersatu merupakan keputusan yang tepat kerana beliau berpendapat kedua-dua parti tidak lagi mempunyai keserasian politik yang kukuh untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

Perkembangan terbaharu itu dilihat membuka lembaran baharu dalam politik pembangkang dan berpotensi mencetuskan penjajaran semula kerjasama politik di peringkat nasional, sekali gus menjadi antara isu yang akan terus diperhatikan oleh rakyat menjelang pilihan raya akan datang.

Related Posts

Cari calon PRN ‘online’ bukti Bersama bukan parti kompeten – Puad

PETALING JAYA – Parti Bersama Malaysia (Bersama) dilihat terdesak hingga calon pilihanraya boleh dipohon menerusi dalam talian, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi. Beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO tutup buku MN, agenda itu telah berakhir

KUALA LUMPUR – UMNO tidak berhasrat menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) kerana menganggap kerjasama tersebut sudah berakhir dan tidak lagi menjadi agenda parti itu. Pengerusi UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembukaan SA Mart di Mahkota Square bantu perluas pasaran produk IKS

Pembukaan SA Mart di Mahkota Square bantu perluas pasaran produk IKS

Status tapak Tabika KEMAS Sungai Assan perlu diselesaikan segera

Status tapak Tabika KEMAS Sungai Assan perlu diselesaikan segera

Reaksi bercampur di Terengganu susulan keputusan tamat kerjasama Bersatu-Pas

Reaksi bercampur di Terengganu susulan keputusan tamat kerjasama Bersatu-Pas

Letupan luar jangka tutup Jalan Kota Bharu-Gua Musang, laluan dibuka semula hari ini

Letupan luar jangka tutup Jalan Kota Bharu-Gua Musang, laluan dibuka semula hari ini

Polis buru suspek bantu siasatan kes tetak di Sundar

Polis buru suspek bantu siasatan kes tetak di Sundar

Struktur haram di Sungai Makau dibina tanpa kelulusan MPKj

Struktur haram di Sungai Makau dibina tanpa kelulusan MPKj