Polis buru suspek bantu siasatan kes tetak di Sundar

LAWAS – Polis sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes mendatangkan kecederaan menggunakan senjata tajam di Kampung Sinampuan, Sundar pada awal pagi Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan berkata, dalam insiden sekitar jam 3.30 pagi itu, mangsa dipercayai diserang oleh suspek yang dikenal pasti sebagai Mohd Raimmy Jumat, 38.

Menurut beliau, suspek didakwa menyerang mangsa menggunakan senjata tajam sehingga mengakibatkan kecederaan parah pada bahagian kepala.

“Setakat ini, motif kejadian masih belum dipastikan dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar insiden tersebut.

“Polis memohon kerjasama orang awam untuk menjejaki individu terbabit (Mohd Raimmy) yang direkodkan mempunyai alamat terakhir di Kampung Belimbing, Jalan Punang, Lawas,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Sehubungan dengan itu, Liong menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung keberadaan individu berkenaan agar segera menghubungi pihak berkuasa.

Maklumat boleh disalurkan terus kepada Pegawai Penyiasat Kes, Sarjan Muhammad Hanannizam Noor Affandi di talian 013-8997297 atau ke mana-mana balai polis berhampiran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan menggunakan senjata atau alat berbahaya.

Related Posts

UMS Hospitality Fiesta 2.0 beri pendedahan awal suasana sebenar industri hospitaliti

KOTA KINABALU – Penganjuran Universiti Malaysia Sabah (UMS) Hospitality Fiesta 2.0 dilihat sebagai platform penting dalam memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai suasana sebenar industri hospitaliti. Naib Canselor UMS, Profesor…

Lebih lanjut

teruskan membaca
DBKK perkukuh usaha jaga kebersihan perkampungan air sokong pelancongan

KOTA KINABALU – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan terus memperkukuh usaha menjaga kebersihan kawasan perkampungan air sebagai langkah menyokong pembangunan sektor pelancongan dan meningkatkan kesejahteraan penduduk setempat. Mayor Bandaraya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMS Hospitality Fiesta 2.0 beri pendedahan awal suasana sebenar industri hospitaliti

UMS Hospitality Fiesta 2.0 beri pendedahan awal suasana sebenar industri hospitaliti

DBKK perkukuh usaha jaga kebersihan perkampungan air sokong pelancongan

DBKK perkukuh usaha jaga kebersihan perkampungan air sokong pelancongan

Kepimpinan Bersatu Besut letak jawatan, isyarat krisis dalaman semakin parah

Kepimpinan Bersatu Besut letak jawatan, isyarat krisis dalaman semakin parah

12 PATI warga Myanmar bersembunyi dalam hutan ditahan PGA

12 PATI warga Myanmar bersembunyi dalam hutan ditahan PGA

Ceraikan Bersatu hanya alasan keluar PN untuk bersama Hamzah dan Reset

Ceraikan Bersatu hanya alasan keluar PN untuk bersama Hamzah dan Reset

Pembukaan SA Mart di Mahkota Square bantu perluas pasaran produk IKS

Pembukaan SA Mart di Mahkota Square bantu perluas pasaran produk IKS