Struktur haram di Sungai Makau dibina tanpa kelulusan MPKj

KAJANG – Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menegaskan isu pembinaan haram di Sungai Makau, Hulu Langat tidak mendapat kelulusan mereka.

Dalam satu kenyataan hari ini, MPKj mengulas mengenai video tular dan beberapa aduan sebelum ini.

“Berdasarkan semakan MPKj, isu pembinaan haram melibatkan tapak yang terletak di Lot 217, 218 dan sebahagian tanah kerajaan (rezab sungai) bersebelahan Kg. Kenangan 18, Sungai Tekali, Mukim Hulu Langat, Daerah Hulu Langat. 

“Merujuk Rancangan Tempatan MPKj Selangor 2035 (Pengubahan 2) tapak dizonkan untuk kegunaan perumahan.

“Tiada sebarang permohonan yang dikemukakan melalui Sistem OSC 3.0 Plus Online MPKj yang melibatkan Kebenaran Merancang, Pelan Infrastruktur dan Pelan Bangunan bagi apa-apa pembinaan di kawasan tersebut. 

“Secara ringkasnya, pembinaan bangunan di lokasi tersebut telah dijalankan tanpa kelulusan MPKj,” tegas kenyataan itu.

Dalam pada itu, pihak MPKj telah menjalankan operasi penguatkuasaan dengan agensi kerajaan yang berkaitan dan telah mengeluarkan notis berserta arahan berdasarkan peruntukan undang-undang mengikut Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133). 

“Lawatan di kawasan aduan juga telah disertai oleh pihak MPKj di bawah kendalian Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat serta MPKj akan mengambil tindakan selanjutnya mengikut arahan yang diputuskan.

“Di samping itu, pihak MPKj ingin menegaskan bahawa MPKj i sentiasa bersama-sama dengan agensi kerajaan yang berkaitan untuk mengambil tindakan yang tegas ke atas sebarang salah laku dan pelanggaran undang-undang dalam kawasan pentadbiran MPKj,” katanya lagi.

Terdahulu, isu flat tular dikaitkan dengan komuniti Rohingya di Sungai Tekali, Hulu Langat tular di media sosial, dikatakan ia berpunca daripada tindakan pemilik tanah yang membenarkan warga asing membina kediaman di lokasi itu.

Hal itu menimbulkan kegusaran dalam kalangan rakyat Malaysia mengenai tiada tindakan daripada pihak berkuasa tempatan.

Related Posts

279 warga UNIMAS, agensi sertai program kesejahteraan dan prapersaraan

KOTA SAMARAHAN – Seramai 279 warga Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan wakil agensi berkaitan menyertai Siri Inspirasi Kesejahteraan 2026 serta Kursus Prapersaraan 2026 yang memberi tumpuan kepada aspek kesejahteraan warga…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis nafi anggota ditikam di Hutan Simpan Tasik Bera

BERA – Polis menafikan dakwaan tular di media sosial mengenai seorang anggotanya cedera ditikam oleh Orang Asli ketika menjalankan operasi pemantauan keselamatan di Hutan Simpan Kekal Ramsar, Tasik Bera di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM5.2 bilion transaksi SARA direkodkan hingga 20 September – MoF

RM5.2 bilion transaksi SARA direkodkan hingga 20 September – MoF

279 warga UNIMAS, agensi sertai program kesejahteraan dan prapersaraan

279 warga UNIMAS, agensi sertai program kesejahteraan dan prapersaraan

Anwar, Min Aung Hlaing bincang isu serantau, dua hala

Anwar, Min Aung Hlaing bincang isu serantau, dua hala

10 bekas Exco saman kerajaan negeri tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia

10 bekas Exco saman kerajaan negeri tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia

Polis nafi anggota ditikam di Hutan Simpan Tasik Bera

Polis nafi anggota ditikam di Hutan Simpan Tasik Bera

Jeti darat ikan jadi ‘topeng’ seludup diesel, RM2.82 juta dirampas

Jeti darat ikan jadi ‘topeng’ seludup diesel, RM2.82 juta dirampas