SMK Tok Jembal mula beroperasi, bukti komitmen KPM perkasa akses pendidikan berkualiti

KUALA NERUS – Pembukaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Jembal hari ini menjadi satu lagi manifestasi komitmen Kerajaan MADANI melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam memperluaskan akses pendidikan berkualiti kepada rakyat, khususnya di Terengganu.

Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Kamsah @ Kamal Mohamed berkata, pengoperasian sekolah baharu itu merupakan sebahagian daripada agenda berterusan KPM.

Katanya, ia sebagai usaha memastikan setiap pelajar memperoleh peluang pendidikan yang lebih baik dalam persekitaran pembelajaran yang kondusif.

“Pembukaan SMK Tok Jembal merupakan satu lagi bukti komitmen Kerajaan MADANI dan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memastikan akses pendidikan berkualiti terus diperkasakan.

“Sekolah ini bukan sahaja menyediakan kemudahan pendidikan yang lebih baik kepada komuniti setempat, malah akan menjadi platform untuk melahirkan generasi masa depan yang berilmu, berkemahiran dan berakhlak,” katanya ketika dihubungi The Malaysia Press.

Menurut beliau, tahun 2026 menyaksikan pembukaan 17 buah sekolah baharu di seluruh negara, manakala Terengganu berjaya mencapai sepenuhnya sasaran pembukaan dua sekolah menengah baharu yang ditetapkan bagi tahun ini, iaitu SMK Gong Nangka dan SMK Tok Jembal.

Dengan pengoperasian sekolah baharu itu, jumlah sekolah menengah di Terengganu kini meningkat kepada 156 buah, sekali gus mencerminkan kesungguhan kerajaan dalam memperkukuh infrastruktur pendidikan serta pembangunan modal insan negeri.

Mengulas mengenai kesiapsiagaan operasi SMK Tok Jembal, beliau memaklumkan bahawa seramai 21 orang guru dan pegawai telah ditempatkan mengikut Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Perjawatan yang diluluskan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar sejak hari pertama persekolahan.

“Pada masa ini hanya terdapat satu kekosongan jawatan iaitu Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) Kemanusiaan dan pihak jabatan sedang mengambil tindakan sewajarnya bagi melengkapkan pengisian tersebut,” katanya.

Menurut beliau, pembukaan sekolah itu juga bertujuan memenuhi keperluan pendidikan komuniti setempat yang semakin berkembang selain membantu mengimbangi enrolmen murid di sekolah-sekolah berhampiran.

Dalam pada itu, beliau berharap SMK Tok Jembal mampu berkembang sebagai sebuah institusi pendidikan yang cemerlang dalam aspek akademik, kokurikulum, sahsiah serta kepimpinan murid.

“JPN Terengganu berharap sekolah ini akan menjadi kebanggaan komuniti setempat dan negeri serta terus menyumbang kepada pembangunan modal insan yang berkualiti untuk masa depan Terengganu dan negara,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan pembukaan sekolah tersebut dan menyifatkannya sebagai satu pelaburan strategik kerajaan demi masa depan pendidikan negara.

“Semoga SMK Tok Jembal terus berkembang sebagai institusi pendidikan yang cemerlang dan menjadi pemangkin kepada kemenjadian murid serta pembangunan masyarakat setempat,” katanya.

Related Posts

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

TAWAU – Pihak sekolah atau badan bukan kerajaan (NGO) digalakkan mewujudkan saluran bantuan berkaitan pengurusan haid perlu bagi memastikan remaja atau pelajar perempuan khususnya daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PADANG BESAR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perlis menerusi Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Biro Guaman Majlis Pimpinan Negeri (MPN) tampil menawarkan bantuan guaman kepada keluarga seorang murid cemerlang yang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram