DBKL perkenal KL Art Toilets, tandas awam berwajah baharu perindah ibu kota

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memperkenalkan konsep baharu tandas awam menerusi pelaksanaan projek Tandas Kompak Seni Kuala Lumpur (KL Art Toilets).

Menurut laman Facebook DBKl, kemudahan tersebut menggabungkan elemen seni, reka bentuk moden, fungsi dan kelestarian, ia usaha memperkukuh identiti ibu kota sebagai bandar raya kreatif dan berdaya huni.

Katanya, inisiatif yang dilaksanakan di bawah program Art in the City itu menyaksikan transformasi tandas awam kompak di tepi jalan menjadi kemudahan yang bukan sahaja praktikal, malah mempunyai nilai estetika yang mampu menceriakan landskap bandar.

“Projek perintis KL Art Toilets yang terletak di Plaza Batik direka oleh arkitek muda tempatan dengan konsep kompak bersaiz satu petak parkir, namun tetap menitikberatkan aspek keselesaan pengguna, keselamatan, pengudaraan semula jadi serta akses mesra Orang Kurang Upaya (OKU),” katanya

Pelancaran inisiatif itu disempurnakan dalam satu sidang media yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Fadlun Mak Ujud; serta Pengarah Eksekutif Pengurusan Projek DBKL, Shamshul Joehari Zainal Mokhtar pada Isnin.

Dalam ucapannya, Hannah berkata, transformasi bandar dapat dipercepatkan apabila kerajaan dan sektor swasta bekerjasama bagi menghasilkan impak yang signifikan kepada rakyat.

Menurut DBKL, kejayaan projek perintis itu akan membuka ruang kepada peluasan KL Art Toilets ke beberapa lokasi tumpuan awam lain termasuk kawasan sekitar Jalan Masjid India dan Jalan Saloma.

DBKL memaklumkan bahawa pendekatan kerjasama strategik seperti ini akan terus diperluaskan pada masa hadapan menerusi pelbagai projek penambahbaikan kemudahan bandar termasuk pemasangan perabot jalanan yang lebih moden, hentian bas yang lebih selesa serta penghasilan mural bagi memperindah dan menghidupkan semula karakter unik ibu kota.

Usaha tersebut selaras dengan aspirasi DBKL untuk mewujudkan Kuala Lumpur sebagai bandar raya yang lebih inklusif, menarik dan mesra pengguna, di samping menggalakkan orang ramai menghargai serta menjaga kemudahan awam yang disediakan.

Related Posts

KPM salur RM12.3 juta perkasa 123 sekolah di Perak

IPOH – Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan sebanyak RM12.3 juta kepada 123 sekolah di Perak bagi memperkukuh agenda Reformasi Sekolah menerusi pelaksanaan Prakarsa Peningkatan Mutu Sekolah, sekali gus memperkasakan kualiti pengajaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Wanita Saratok sasar perkasa wanita dalam ekonomi digital

SARATOK – Sambutan Hari Wanita 2026 Peringkat Daerah Saratok pada Ahad memfokuskan usaha memperkasa golongan wanita menerusi penguasaan ekonomi digital. Bertemakan ‘Sarawak Women In Digital Economy’, program di Dewan Pejabat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPM salur RM12.3 juta perkasa 123 sekolah di Perak

KPM salur RM12.3 juta perkasa 123 sekolah di Perak

Pemimpin politik perlu hormat peranan institusi Raja – Syahredzan

Pemimpin politik perlu hormat peranan institusi Raja – Syahredzan

Hari Wanita Saratok sasar perkasa wanita dalam ekonomi digital

Hari Wanita Saratok sasar perkasa wanita dalam ekonomi digital

Polis tumpas pengedaran lebih 329kg dadah bernilai hampir RM18 juta

Polis tumpas pengedaran lebih 329kg dadah bernilai hampir RM18 juta

Rohingya: Selangor selaras tindakan bersama PBT, JIM dan agensi berkaitan

Rohingya: Selangor selaras tindakan bersama PBT, JIM dan agensi berkaitan

Infantino bakal terlepas gaji lumayan

Infantino bakal terlepas gaji lumayan